MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Thursday 28 June 2012

CERAMAH DAN PAMERAN OLEH AADK MANJUNG

28/06/2012 (KHAMIS): Sempena minggu anti dadah SKPTLDM yang diadakan selama 2 minggu, pada hari ini diadakan program ceramah dan pameran daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Manjung (AADK). Program ceramah diadakan melibatkan semua pelajar tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6 yang diadakan di kantin sekolah.

Ceramah telah disampaikan oleh Puan Masdura iaitu pegawai AADK Manjung dan selepas itu diadakan pula pameran seperti contoh dadah, maklumat dadah dan penerangan oleh pembantu AADK. Sepanjang ceramah dan pameran diadakan turut mendapat kerjasama daripada guru-guru termasuk penolong kanan 1 Puan Khatijah untuk mengawal disiplin pelajar.

Ceramah dan pameran yang telah diadakan bertujuan memberi maklumat dan pendedahan kepada pelajar tentang bahaya dadah dan kesan penagihannya serta cara mengatasi diri daripada terjebak dengan gejala najis dadah. Diharap dengan adanya program seperti ini secara tidak langsung ia memberi pendedahan awal kepada pelajar supaya mengelakkan diri daripada punca-punca terjerumus kepada penagihan dadah.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak AADK, guru-guru, pentadbir dan pelajar yang telah menjayakan program yang diadakan ini.

Guru-guru juga turut mengambil kesempatan melihat dari dekat jenis dadah yang dipamerkan

Pelajar mendapatkan maklumat dan informasi tentang dadah di ruang pameran yang disediakan

No comments: