
7 September 2011(Rabu): Perarakan sempena sambutan kemerdekaan ke 54 peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini yang melibat SKPTLDM dan SKPTLDM 2. Perakan tersebut diiringi oleh kumpulan pancaragam TLDM yang bermula di perkarangan pintu masuk 4 SKPTLDM. Para kontijen kedua-dua buah sekolah telah bersiap sedia pada jam 7.15 pagi dan berakhir lebih kurang jam 9.00 pagi. Laluan perarakan melibatkan sejauh 1.5km. Bagi SKPTLDM perarakan telah dimulai oleh para pentadbir sekolah dan diikuti oleh pelajar dan barisan guru-guru. Sebelum perarakan semua pelajar dan guru menyanyikan lagu negaraku, Perak sentiasa dipuncak kecemerlangan, lagu negeri Perak dan lagu tema sambutan merdeka ke-54 iaitu Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.
No comments:
Post a Comment