MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Wednesday 24 August 2011

PROGRAM BERSAMA IMAM MUDA

24 OGOS 2011 (RABU):- Program bersama imam Muda Hassan telah diadakan di dewan SKPTLDM. Program tersebut untuk diadakan sempena Majlis Bacaan Yasiin dan Solat hajat yang turut di hadiri oleh ibu bapada dan pelajar yang akan menduduki UPSR. Program yangdianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam disambut dengan meriah bermula di awal pagi lagi dengan masing-masing pelajar menunggu ketibaan Imam Muda. Imam Muda Hassan merupakan juara dalam musim ke-2 yang telah diadakan di Astro OASIS. Dengan kehadiran beliau sedikit sebanyak memberi inspirasi dan motivasi kepada semua pelajar untuk terus berjaya dan mencapai cita-cita mereka. SERBA SEDIKIT TENTANG IMAM MUDA MUSIM KE-2.. Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza. Seorang Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang. Berpengalaman dalam bidang taranum salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu. Seorang Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia Dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 Anak kelapan daripada 9 beradik Pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi Seterusnya di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak. Dinobatkan juara Imam Muda musim kedua (IM2) pada pertandingan akhir di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Menewaskan Nazarul Izwan Zolkiflee , 26, pemegang Diploma Pengajian Islam, Kolej Pengajian Islam dan Dakwah. Dengan kemenangan itu, Mohd Hassan menerima tajaan penuh biasiswa pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU); sebuah kereta Proton model Exora; pakej menunaikan ibadat haji dan umrah; pakej percutian ke Vietnam dan wang tunai RM25,000 serta telefon bimbit. Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej perabot jati bernilai RM15,000; wang tunai RM30,000 berserta iPad tajaan Astro; sebuah komputer riba Apple Macbook Pro; sebuah iPhone 3G; kamera digital; trofi Imam Muda musim kedua serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI.

No comments: