MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Thursday 1 April 2021

Penerangan Ujian Permata Pintar UKM

 24/3/2021: Penerangan tentang proses menjawab soalan ujian untuk kemasukan ke Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM oleh Mohammad Adief Absyar iaitu salah seorang calon dari SK Pangkalan TLDM yang akan melaporkan diri ke SM Sains Pendang (Akademi Pintar Pendang) pada tahun ini.







1.Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Kolej GENIUS Insan (kendalian Universiti Sains Islam Malaysia - USIM).
2.Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan internet dengan melayari laman sesawang ini.
3.Murid hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus (mouse), pad sentuh (touchpad) dan papan kekunci (keyboard). Sekiranya murid berhenti menjawab atau talian terputus, maka murid boleh menyambung semula menjawab ujian di waktu yang lain sehingga tamat.
4.Murid yang telah menamatkan ujian dengan mendapatkan skor minima layak menerima Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2021. Murid yang mendapat sijil penyertaan UKM1, perlu melepasi skor kelayakan untuk ke ujian saringan kedua UKM2.
5.Murid perlu memastikan kod sekolah adalah betul dan mengemaskini maklumat sebelum mencetak sijil penyertaan. Jika terdapat kesilapan, murid boleh mencetak semula di pautan http://pelajar.permatapintar.edu.my/
6.Murid yang melepasi skor kelayakan akan ditawarkan untuk sertai ujian saringan kedua UKM2 secara terkawal yang akan diadakan dalam bulan Julai hingga Ogos. Semakan kelayakan boleh dibuat di laman http://semak.permatapintar.edu.my/ mulai bulan Julai. Murid/guru/ibu bapa perlu memastikan nombor telefon dan emel yang betul dalam maklumat murid.
7.Ujian hanya boleh diduduki setahun sekali sahaja.

No comments: