MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday 10 February 2020

Program Ziarah Cakna Sesi 2020

10/2/2020: Program Ziarah Cakna Peringkat SK Pangkalan TLDM Lumut Perak. Kementerian Pendidkan Malaysia amat menitik beratkan amalan nilai murni yang menzahirkan nilai kegembiraan, kasih sayang dan hormat menghormati dalam kalangan warga sekolah.

Program ziarah cakna merupakan salah satu elemen baru yang diserapkan dalam sekolah penyayang yang memfokuskan kepada lawatan guru dengan kerjasama agensi dan komuniti ke rumah murid untuk bertemu ibu bapa. Melalui lawatan ini pihak sekolah dapat mengumpul maklumat keluarga murid, memahami latar belakang murid dan secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah serta mengurangkan risiko  keciciran murid.

Program pada pagi ini bertujuan untuk:-
-Meningkatkan peratus kehadiran murid ke tahap maksimum
-Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan murid, terutamanya gejala ponteng
-Membugarkan kembali program di bawah HEM  melibatkan unit bimbingan dan kaunseling

YDP PIBG Leftenan Komander Nor  Azmi Bin Ibrahim membaca perutusan Timbalan Menteri Pendidikan dan seterusnya merasmikan program Ziarah Cakna  Peringkat SKPTLDM




 Pihak sekolah telah mengadakan lawatan ke rumah salah seorang murid tahun1 Delima Mohammad Faris Bin Mohd Fauzhi yang patah tangan akibat terjatuh. Lawatan tersebut sempena program ziarah cakna. Turut hadir bersama ialah YDP PIBG Leftenan Komander Nor Azmi, Guru Besar En.Rohaizan Bin Mohamed Hanif Dan Barisan Penolong Kanan, cikgu Suffi  guru ICT dan cikgu Zuliadi guru bimbingan dan kaunseling.






Penyampaian sedikit sumbangan kepada bapa Mohamad Faris encik Fauzhi sebagai tanda keperihatinan pihak sekolah kepada  murid



Akhir kata, dengan perlancaran program ziarah cakna ini akan disusuli dengan aktiviti-aktiviti seterusnya dengan menyediakan bantuan sokongan, mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan sekolah dari masa ke semasa dan membina jaringan kerjasama bersama-sama ibubapa / penjaga yang mempunyai kemahiran dan kepakan yang dapat menyumbang kepada pembangunan sekolah

No comments: