MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday 4 March 2019

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019

4 MAC 2019 (ISNIN): Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementeriaan Pendidikan Malaysia memandang serius terhadap ancaman dadah, rokok, inhalan, alkohol, dan HIV/AIDS. Bagi mengingatkan pihak sekolah tentang kepentingan melaksanakan program/aktiviti pendidikan pencegahan dadah maka diadakan program/aktiviti seperti ini. Tema sambutan pada tahun ini ialah "KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA".

Maka pada hari ini di bawah Unit PendidikanPencegahan Dadah (PPDa), pihak sekolah telah berjaya melancarkan sambutan hari antidadah peringkat sekolah di tapak perhimpunan yang disertai oleh guru dan pelajar. Aktiviti pada pagi ini adalah seperti membaca perutusan hari antidadah dan perasmian yang disampaikan oleh guru besar Rohaizan Bin Mohamed Hanif, nyanyian lagu Dadah Durjana oleh semua pelajar dan guru serta diakhiri dengan nyanyian lagu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) oleh pengawas PRS. Dimana mereka akan membantu pihat Unit PPDa sekolah untuk menjayakan program yang dirancang.


Cikgu Zuliadi, guru PPDa sebagai pengacara majlis menyampaikan sedikit ucapan alu-aluan yang berkaitan dengan program hari antidadah pada hari ini.

Guru Besar encik Rohaizan Bin Mohamed Hanif merasmikan majlis sambutan hari antidadah peringkat sekolah yang turut diiringi oleh Puan Noni Hanizar Bt Zainal Penolong Kanan Hem dan Puan Hajah Siti Zaharah Bt Mokhtar Guru Penolong kanan Pentadbiran

No comments: