MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday 6 January 2014

PROGRAM TAHUN 1

PROGRAM  TAHUN 1
“DARI MATA TURUN KE HATI”




Program “Dari Mata Turun Ke Hati” diadakan untuk pelajar tahun satu yang menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari segi pendidikan  mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah,  guru-guru dan kawan-kawan.

Matlamatnya ialah mendedahkan bakal murid-murid Tahun satu kepada suasana persekolahan sebenar dan memberi penerangan kepada mereka  mengenai hal ehwal sekolah yang perlu mereka ketahui.

Objektif
  • Memberi suntikan kepada murid-murid yang akan menempuh alam persekolahan supaya lebih bersedia
  •      Mengenali  suasana persekolahan dengan lebih dekat lagi  mengenai  guru-guru serta persekitaran sekolah seperti bilik darjah, pusat sumber, tandas, kantin, pejabat, surau dan bilik-bilik khas.
  •       Menjelaskan kepada mereka hal-hal berkaitan persekolahan yang perlu mereka ketahui bagi mereka demi menjalinkan hubungan yang lebih rapat di antara murid dan guru


Tarikh Perlaksanaan
Tarikh       : 10 Januari 2014
Hari           : Jumaat
Masa        : 10.05 pagi – 11.35 pagi
Tempat     : Makmal Komputer  Bestari SKPTLDM

Penglibatan

Semua Pelajar Tahun 1 SKPTLDM Dan Guru Mata Pelajaran  


Aktiviti
Aktiviti dilaksanakan seperti penerangan guru, tayangan slaid/video dan penglibatan aktif pelajar melalui bahan edaran.


          
Program yang dilaksanakan  diharap  melahirkan pelajar  yang mempunyai personaliti positif, berfikiran terbuka serta bertanggungjawab selaras dengan usaha mewujudkan pendidikan  yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pengisian aktiviti  akan menyumbang ke arah meningkatkan hubungan  dan komunikasi  serta  dapat membantu usaha ke arah meningkatkan imej sekolah. 

No comments: