MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Saturday 11 May 2013

TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR ANAK-ANAK ATM

 11/5/2013: Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi telah selesai program teknik menjawab soalan UPSR 2013 yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPTLDM dengan kerjasama ATM-Pernama TLDM. Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.30 petang. Tujuan program ini dijalankan untuk mendedahkan kepada calon UPSR 2013 tentang teknik menjawab soalan UPSR yang sebenar seperti Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Teknik menjawab soalan matapelajaran yang terlibat telah diterangkan secara jelas oleh guru-guru / penceramah yang dijemput dimana mereka mempunyai pengalaman yang luas sebagai pemeriksa kertas UPSR. 



Sepanjang program berlangsung para pelajar telah memberi tumpuan yang sepenuhnya bagi memastikan mereka faham dan dapat mengaplikasikan dalam menjawab soalan dalam setiap mata pelajaran yang terlibat. Kerjasama guru-guru matapelajaran dan AJK yang terlibat juga sangat baik dan bersama-sama mengawal disiplin pelajar dari awal hingga akhir program.


Pihak UB&K mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar, guru-guru, ibu bapa, penceramah jemputan dan pihak pentadbir dalam menjayakan program kali ini. Semoga apa yang dijalankan pada hari ini dapat memberi manfaat kepada semua bakal calon UPSR SKPTLDM tahun 2013.

CIKGU SYARIF: BAHASA MELAYU PENULISAN

CIKGU ZALINA: BAHASA MELAYU PEMAHAMAN


PELAJAR TURUT DISEDIAKAN MAKAN PAGI DAN TENGAH HARI SEMASA PROGRAM DIJALANKAN

PELAJAR MEMBERI TUMPUAN YANG PENUH BAGI MEMASTIKAN MEREKA FAHAM APA YANG DISAMPAIKAN OLEH PENCERAMAH JEMPUTAN

DISIPLIN PELAJAR SANGAT MEMUASKAN SEPANJANG PROGRAM BERJALAN


CIKGU ZULKIFLI: MATEMATIK

CIKGU FAZILAH: CIKGU BAHASA INGGERIS

CIKGU ROSLI: SAINS

No comments: