MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Tuesday 13 December 2011

KENALI JELI...

Jeli merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.


Beberapa kawasan utama di Jeli termasuklah Batu Melintang, Air Lanas dan Kuala Balah. Pentadbiran Jajahan Jeli telah bermula pada 1hb. Julai 1982 sebagai sebuah jajahan kecil iaitu hasil daripada pecahan Jajahan Tanah Merah dan Kuala Krai. Pada 1hb Januari 1986, Jajahan Kecil Jeli telah dinaikkan taraf sebagai sebuah Jajahan Penuh. Sehingga hari ini Jajahan Jeli adalah sebuah jajahan yang terbaru di Negeri Kelantan.



Penduduk Jeli seramai 42,872 orang. Penduduk di daerah Jeli seramai 21,120 orang, penduduk di daerah Kuala Balah seramai 12,062 dan penduduk di daerah Batu Melintang seramai 9,690 orang. Kaum Melayu seramai 42,400 orang manakla Orang Asli seramai 472 orang. [1] Peratusan penduduk Melayu ialah 97.7%, Orang Asli 1.1%, Cina 0.16%, India 0.09%, dan lain-lain 0.9%.



Jeli beruntung kerana menjadi bandar sempadan antara Malaysia dengan Thailand. Bandar Jeli hanya 100 km dari bandar Kota Bharu. Dari bandar Tanah Merah pula sejauh 50 km. Dari bandar Grik, Perak pula hanya 121 km sahaja melalui Lebuhraya Timur-Barat. Dari bandar Gua Musang pula hanya sejauh 115 km sahaja melalui Jalan Jeli-Jelawang-Gua Musang. Dari bandar Kuala Krai pula hanya sejauh 132 km melalui Jalan Jeli-Pekan Dabong-Sungai Sam-Kuala Krai. Dari Pekan Rantau Panjang pula hanya 45 km sahaja melalui Jalan Jeli-Panglima Bayu-Rantau Panjang.



Dahulu Jeli mendapat jolokan 'bandar koboi latin' tetapi kini semuanya berubah wajah. Ia menjadi penghubung antara Grik, di Perak dan Kelantan, bahkan sebagai pusat yang menghubungkan sempadan Ban Buketa, Selatan Thailand dan Bukit Bunga melalui Jambatan Muhibbah. Pusat pemeriksaan Imigresen dan Kastam (CIQ) siap pada Ogos 2010 dengan kos RM47 juta.



Bandar Jeli juga telah mengalami perubahan fizikal yang ketara dengan pelbagai projek pembangunan yang telah dirancang. Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed (To'Pa) berharap Jeli berkembang maju pada 2015 mengikut perancangan. Cawangan Bank Muamalat yang ke-58 baru dibuka. Selain itu, kampus kedua Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Politeknik Jeli, Sekolah Menengah Sains serta pembesaran jalan di sepanjang Lebuh raya Timur Barat menghubungkan Kelantan dengan Grik, Perak.



Ahli Parlimen Jeli ialah Dato Mustapa Mohamed, (Alamat: No.5, R&R Mara, Jalan Lebuhraya Timur-Barat, 17600 Jeli) yang juga merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - 2009.



Agensi kerajaan



-Amanah Ikhtiar Malaysia, No. 1159, Kawasan Pasar, Pusat Bandar Jeli, 17600 Jeli, Kelantan.

-Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Jeli (AADK) Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Lot 2-4 & 2-5, Tingkat 2, Bangunan Arked Mara Jeli, Bandar Baru Jeli, 17600 Jeli

-Jabatan Kerja Raya dan Jurutera Jajahan Jeli

-Jabatan Pendaftaran Negara daerah Jeli

-Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Jeli

-Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Jeli

-Pejabat Belia dan Sukan daerah Jeli

-FAMA daerah Jeli

-Pejabat Risda daerah Jeli

-Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli

-Jabatan Hal Ehwal Orang Asli(JAKOA) daerah Jeli

-Pejabat Pelajaran Daerah Jeli

-KESEDAR Wilayah Jeli

-Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP)Jeli

-Perbadanan Perpustakaan Awam Jeli

-Pejabat Perhilitan cawangan Jeli

-Pejabat Haiwan dan Veterinar Jeli

-Mahkamah Majisterit Jeli

-Mahkamah Rendah Syariah Jeli

-Pejabat Agama dan Kadi Jajahan Jeli

-Jabatan Penerangan Malaysia dearah Jeli

-Pejabat MARA daerah Jeli

-Pejabat RELA daerah Jeli

-Pejabat AR-Rahnu YAPEIM daerah Jeli

-FELCRA Bhd, Felcra Tumbi Rapat, 17600 Jeli

FELCRA Bhd, Pejabat Felcra Gugusan Reka, Jalan Kampung Kuala Balah, 17600 Jeli -Kem Rejimen Sempadan Ke-2,Batu Melintang, 17600 Jeli

-Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli,17600 Jeli

-Balai Bomba dan Penyelamat Jeli,17600,Jeli

-Jabatan Pertahanan Awam Unit Jeli,17600 Jeli

-Sahabat Keselamatan Tanah Merah-Machang-Jeli (SKTMJ)

-Rukun Tetangga(SRS) Bandar Jeli

-Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela Daerah Jeli

-Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela Ayer Lanas,Jeli


Pendidikan


-Sekolah Kebangsaan Gemang,Kampung Gemang,17600 Jeli -Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas,Jeli -Sekolah Kebangsaan Pasir Dusun,Jeli -Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor,Jeli -Sekolah Kebangsaan Kalai, Kampung Kalai, 17600 Jeli -Sekolah Kebangsaan Sungai Long, kampung Sungai Long, 17600 Jeli -Sekolah Kebangsaan Bukit Jering, Jalan Kuala Balah, 17610 Jeli -Sekolah Kebangsaan Jeli 2, Jalan Klinik, 17600 Jeli -Maktab Rendah Sains Mara Jeli, Jalan Jeli, 17700 Ayer Lanas -Sekolah Kebangsaan Batu Melintang, Kampung Batu Melintang, 17600 Jeli -Sekolah Kebangsaan Kg. Pendok, Kampung Belimbing, 17600 Jeli -Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Melintang, 17600 Jeli -Sekolah Kebangsaan Kuala Balah, 17610 Kuala Balah, Jeli -Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Balah, Jalan Dabong, 17610 Kuala Balah -Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli, 17600 Jeli -Sekolah Kebangsaan Jeli (1), Jalan Besar, 17600 Jeli -SMU (A) Nahdatul Ulum, Jeli, Jalan Pekeliling, 17600 Jeli -SMU (A) Raudah Al Nazirin,Jalan Dabong,Jerimbong -SMU (A) As Sabirin Ayer Lanas -Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli 2,Jalan Jeli-Dabong,Kampung Lubok Bongor,17600 Jeli -Sekolah Menengah Sains Jeli(dalam pembinaan) -Politeknik Jeli(dalam pembinaan) -Universiti Malaysia Kelantan Cawangan Jeli(dalam pembinaan) -Kolej Komuniti Jeli,Bandar Baru Bukit Bunga -Pusat Giat Mara Jeli -Pusat program PERMATA daerah Jeli


Infrastruktur


-Pejabat pos -Air Kelantan Sdn Bhd, Loji Air Jeli, Jalan Jeli Lama, 17600 Jeli -Tenaga Nasional Bhd, Bangunan TNB, Jalan Dabong, 17610 Jeli -Pejabat Kesihatan Daerah Jeli,Jalan Klinik,17600,Jeli -Klinik Kesihatan Bandar Jeli, Jalan Klinik, 17600 Jeli -Hospital Jeli,Jalan Klinik, 17600 Jeli -Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd, JKR53P, Pusat Kesihatan Jeli, Jalan Klinik, 17600 Jeli -Radicare (M) Sdn Bhd, Hospital Jeli, Jalan Dabong, 17600 Jeli -linik Kesihatan Kuala Balah, Kg. Tunku Abdul Rahman, 17610 Kuala Balah -Klinik Kesihatan Ayer Lanas,Jeli -Klinik 1Malaysia,Batu Melintang,Jeli -Klinik Dr.Aminudin,Pusat Bandar Jeli -Klinik Hidayah,Pusat Bandar Jeli -Farmasi As-Syifa,Pusat Bandar Jeli -Koperasi Peladang Lembah Pergau, No. 2450, Kampung Tunku Abdul Rahman, 17610 Jeli -Bank Muamalat,Bandar Jeli,17600 -AGRO Bank Malaysia,Bandar Jeli -Bank Simpanan Nasional -Kioks CIMB ATM di Stesen Minyak Petronas Jeli -Kioks CIMB ATM dan CDM di Stesen Minyak Shell Jeli -Kioks Bank Rakyat dan mesin ATM di Bukit Bunga -Affin Bank di Bukit Bunga -Caltex,Batu 13,Lebuh raya Timur-Barat -Shell, Lebuh raya Timur Barat km 276 -Caltex,Kampung Berdang,17600 Jeli, Km2 Jalan Jeli-Kuala Balah-Gua Musang -Petronas, km 278 -Stesen bas dan teksi -Terminal bas domestik Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Bhd, JKR232, Stesen Bas SKMK, Jalan Kuala Balah, 17600 Jeli Terminal Bas Ekspres Bandar Jeli,17600, Jeli. Stesen Teksi Bandar Jeli,17600, Jeli Heitech Padu Bhd, Pejabat Umno Bahagian Jeli, 17700 Ayer Lanas -Pertubuhan Peladang Kawasan Jeli/Batu Melintang, No. 571, Bangunan LPP, Jalan Jeli Lama, 17600 Jeli -Pusat Pemulihan Narkotik Jeli


Kawasan pelancongan menarik


-Tasik Pergau, Lebuhraya Timur Barat

-Gunung Reng, Batu Melintang, Jeli

-Kolam Air panas Jeli di Kampung Kolam Air Panas, Lebuhraya Timur Barat

-Lata Janggut, Kuala Long, Jeli

-Lata Renyok, Jalan Jeli-Dabong, Kg Renyok Jeli.

-Lata Chenang, Jalan Jeli-Dabong, Kg Relak,Jeli

No comments: