MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Wednesday 19 October 2011

KURSUS PEMBIMBING RAKAN SEKERJA (PERASA)

Kursus PERASA 2011 telah diadakan di PKG PPD Manjung... 19/10/2011(Rabu): PERASA adalah program yang diubahsuai dari (PRS) iaitu satu cara membantu pekerja menghadapi isu dan cabaran hidup seharian.PERASA adalh satu perkhidmatan sokongan kearah mencapai matlamat organisasi Falsafah nya iaitu "Membimbing Diri Membimbing Rakan". Besesuaian dengan itu kursus PERASA telah diadakan di PKG Sitiawan selama 3 hari bermula 18-20 oktober yang melibatkan guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah dan menengah seluruh daerah Manjung, Perak. Pada Kali ini kursus telah dijayakan oleh penceramah daripada Institut Aminuddin Baki iaitu Hj Razimi Bin Majid, Tn Hj Zahari Bin Ahamad dan Hj Hamzah Bin Said. Antara ceramah yang disampaikan ialah Titian Kasih dan Pembentukan Kumpulan, Konsep Dan Rukun PERASA, Penghargaan Kendiri, Kemahiran Perundangan dan Pujukan, Kembara PERASA dan Pembentangan Kembara PERASA. Isi ceramah dan aktiviti yang disampaikan oleh penceramah sedikit sebanyak dapat diaplikasikan oleh guru bimbingan dan kaunseling ketika menjalankan tugas di sekolah. Jutaan terima kasih dari Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKPTLDM kepada semua yang terlibat dalam menganjurkan kursus PERASA dan semua penceramah. Dengan kursus yang dianjurkan dapat menambahbaikkan mutu perkhidmatan UBK SKPTLDM. Juga terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan GBK dan Presiden MGKK cikgu Adnan yang memberi dorongan kearah pembangunan blog UBKSKPTLDM..SALAM UKHWAH KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN GBK DAERAH MANJUNG. Diharap dapat berkongsi maklumat BnK dengan kami. "BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR, AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN, KAMI "BUDAK" BARU BELAJAR, KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN..

No comments: