MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Friday 22 July 2011

"BERPISAH JUA KITA AKHIRNYA..."

22 JULAI 2011(JUMAAT): Berpisahnya jua akhirnya warga SKPTLDM dengan Tuan Haji Noh Bin Ahmad yang banyak berbakti kepada sekolah, murid dan guru serta kakitangan yang lain. Tuan Haji Noh yang telah berkhidmat di SKPTLDM bermula tahun 1998 sehingga 2011. Beliau akan bertukar ke sekolah sebagai guru besar yang baru di Sekolah Kebangsaan Seri Selamat. Suasana yang syahdu dengan linangan air mata dari warga SKPTLDM mengiringi majlis perpisahan ini. Semasa majlis ini diadakan hujan turun dengan serta merta di awal majlis dan terus berhenti setelah Tuan Haji Noh bertolak pergi seolah-olah tidak merelakan perpindahan beliau. Namun hakikat terpaksa kami semua terima, khidmat dan ilmu beliau diperlukan di sekolah yang baru. Bagi guru dan kakitangan yang sudah lama berkhidmat di bawah pimpinan beliau, mereka lah yang paling sedih kerana banyak pengalaman pahit manis, teguran yang membina oleh beliau telah menjadi pengalaman yang tidak di lupakan. Masing-masing ada kata-kata yang tidak dapat diungkap saat perpisahan ini. Dipetik dari kata-kata Tuan Haji Noh semasa mesyuarat kali terakhir iaitu" APABILA SESUATU HILANG DI DEPAN MATA BARULAH KITA DAPAT MENILAI NIKMATNYA". Kami berdoa agar Tuan Haji Noh sentiasa di rahmati, berbahagia "sokmo" dan sentiasa ingatkan kami walaupun sudah bertukar ke sekolah yang baru.

No comments: