MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Thursday 16 June 2011

Penutupan Acara Sukan SKPTLDM 2011

16 Jun 2011(Khamis): Sukan SKPTLDM kali ke-27 telah berlangsung di Stadium TLDM Lumut Perak yang melibatkan 4 rumah sukan iaitu merah, hijau, kuning dan biru. Acara tersebut diadakan pada jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan ia dimulakan dengan pembarisan rumah sukan. Seterusnya bacaan doa daripada ustaz Fadzil, ucapan guru besar Tn Haji Noh dan diikuti oleh majlis perasmian sukan SKPTLDM yang disempurnakan oleh Pengerusi PIBG SKPTLDM serta bacaan ikrar oleh Iskandar Aiman. Acara padang dimulakan dengan sukaneka pelajar tahun 1 dan seterusnya acara larian oleh atlit rumah sukan, atlit jemputan dari skptldm 2 dan larian 100meter sambil membawa kon terbuka dikalangan pegawai sukan. Dalam acara sukan kali ini rumah biru di nobatkan sebagai juara, merah naib juara, kuning ke-3 dan hijau ditangga ke-4. Manakala dalam acara pembarisan juara disandang oleh rumah merah, kedua hijau, ketiga biru dan keempat rumah kuning. Pada acara suka kali ini juga turut diumumkan olahragawan dan olahragawati SKPTLDM iaitu Mohd Syabil dari rumah biru dan Nas Syafiqah dari rumah hijau. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh guru besar, barisan penolong kanan dan pengerusi PIBG SKPTLDM.

No comments: