MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Thursday 10 March 2011

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2011 PENUH KONTROVERSI...

Kejohanan bola sepak bawah 12 tahun daerah Manjung telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Dato'Kamaruddin pada peringkat kumpulan dan pada peringkat separuh akhir ia diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Manjung. Dalam Perlawanan tersebut ia berlangsung selama 3 hari bermula pada 7 - 9 Mac 2011. Dalam perlawanan tersebut SKPTLDM telah mendapat tempat ketiga setelah tewas kepada SK Seri Bayu melalui sepakan penalti iaitu 4-3. Diawal permainan agak baik dengan SKPTLDM telah berjaya mendahului SK Seri Bayu 1-0 pada babak pertama. Namu diakhir babak kedua Seri Bayu menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti di akhir perlawanan dan seterusnya membawa perlawanan ke masa tambahan. 20 minit perlawanan berlangsung masih lagi kedudukan seri dan membawa kepada sepakan penalti. Dalam perlawanan ini jelas pengadil lebih memihak kepada Seri Bayu dimana, banyak advantage tidak diberikan kepada SKPTLDM walaupun pemaian SK seri Bayu jelas melakukan kesilapan. Namun begitu pihak pengurusan dan jurulatih skptldm terpaksa akur dengan keputusan pengadil. Apa yang dapat diperkatakan dalam perlawanan tersebut, keputusan pengadil telah mempengaruhi dan menidakan SKPTLDM ke perlawanan akhir perlawanan bola sepak bawah 12 tahun peringkat daerah Manjung 2011. Dalam Perlawan akhir SKPTLDM 2 telah berjaya mengalahkan SK seri Bayu dengan sepakan penalti.

No comments: