INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021
Friday, 11 March 2011
MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT TAHUN 6
Majlis bacaan yasin dan solat hajat telah diadakan di dewan sekolah kebangsaan Pangkalan TDLM pada 10/03/2011 pada jam 7.00 hingga 9.00 malam telah diadakan dengan lancar. Majlis tersebut telah diketuai oleh ustaz Fadhil sebagai imam solat hajat. Selain daripada itu kehadiran guru-guru ke majlis tersebut turut mengeratkan hubungan dan interaksi bersama ibu bapa pelajar. Secara tidak langsung guru-guru dapat mengentahui masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menghadapi UPSR nanti.
Majlis tersebut dimulai dengan bacaan zikir secara beramai-ramai sehingga masuk waktu solat maghrib. Selepas solat maghrib ia diteruskan dengan solat hajat dan bacaan surah yasin oleh guru, ibubapa dan pelajar beramai-ramai. Majlis tersebut berakhir selepas solat isyak lebih kurang jam 9.20 malam.
Thursday, 10 March 2011
KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2011 PENUH KONTROVERSI...
Kejohanan bola sepak bawah 12 tahun daerah Manjung telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Dato'Kamaruddin pada peringkat kumpulan dan pada peringkat separuh akhir ia diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Manjung. Dalam Perlawanan tersebut ia berlangsung selama 3 hari bermula pada 7 - 9 Mac 2011. Dalam perlawanan tersebut SKPTLDM telah mendapat tempat ketiga setelah tewas kepada SK Seri Bayu melalui sepakan penalti iaitu 4-3. Diawal permainan agak baik dengan SKPTLDM telah berjaya mendahului SK Seri Bayu 1-0 pada babak pertama. Namu diakhir babak kedua Seri Bayu menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti di akhir perlawanan dan seterusnya membawa perlawanan ke masa tambahan. 20 minit perlawanan berlangsung masih lagi kedudukan seri dan membawa kepada sepakan penalti. Dalam perlawanan ini jelas pengadil lebih memihak kepada Seri Bayu dimana, banyak advantage tidak diberikan kepada SKPTLDM walaupun pemaian SK seri Bayu jelas melakukan kesilapan. Namun begitu pihak pengurusan dan jurulatih skptldm terpaksa akur dengan keputusan pengadil. Apa yang dapat diperkatakan dalam perlawanan tersebut, keputusan pengadil telah mempengaruhi dan menidakan SKPTLDM ke perlawanan akhir perlawanan bola sepak bawah 12 tahun peringkat daerah Manjung 2011. Dalam Perlawan akhir SKPTLDM 2 telah berjaya mengalahkan SK seri Bayu dengan sepakan penalti.
Monday, 7 March 2011
Program Smart Sifir Dan Bahasa Inggeris 2011 Anjura UBK SKPTLDM
Friday, 4 March 2011
Pemain Terbaik Kejohanan Hoki Daerah Manjung 2011
Thursday, 3 March 2011
KEJOHANAN HOKI PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2011

Subscribe to:
Posts (Atom)