MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday 17 January 2011

MENGENALI KAUNSELING

Definisi Kaunseling. Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling. Objektif Kaunseling Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien belajar dengan berkesan. Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi melalui proses penyelesaian masalah. Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu. Menolong klien menyelesaikan masalahnya. Tujuan Kaunseling 1. Memberi Maklumat Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor 2. Menggalakkan Celik Akal Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya 3. Memberi Sokongan Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah. 4. Penyelesaian Konflik Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak) Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan 5. Membuat keputusan Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil Aktiviti Kaunseling PERKEMBANGAN Memberikan maklumat mengenai sumber dan kekuatan seseorang supaya ia mempunyai azam dan usaha kepada aktiviti sihat, peningkatan sifat positif PENCEGAHAN Mengadakan program-program pencegahan ke atas perlakuan dan sifat yang negatif dari segi emosi dan pemikirannya INTERVENSI Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri PEMULIHAN Penekanan adalah kepada isu-isu dan permasalahan peribadi, mentaliti, kerjaya dan penyesuaian diri agar seseorang itu dapat berfungsi sepenuhnya