12/1/2013
(Sabtu): Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
kali-1 sesi tahun 2013 diadakan di Bilik Mesyuarat Bestari SKPTLDM yang
melibatkan semua guru-guru. Pada kali ini program LDP membincangkan tentang
KSSR yang dijelaskan secara terperinci oleh
guru yang terlibat. Taklimat bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30
tengah hari.
Sebelum itu,
guru besar En.Ramlan Bin Hussin menjelaskan beberapa peringatan untuk perhatian
semua guru seperti masalah kelewatan guru datang ke sekolah, peralatan sukan
hendaklah diuruskan dengan cara yang betul, kunci bilik hendaklah dimaklumkan
kepada beliau jika ada pertukaran, pemberian wisel kepada semua guru untuk
aktiviti kelas dan 1murid 1sukan, penyediaan awal peralatan sukan sebelum
sesuatu permainan dijalankan dan penyediaan banner untuk beberapa maklumat yang
perlu dihebahkan kepada semua.
Seterusnya
penerangan tentang KSSR oleh guru mata
pelajaran yang dimulakan oleh cikgu Asfarrita dengan KSSR Bahasa Melayu Tahun
3.
Dengan
taklimat yang disampaikan oleh guru-guru yang terlibat dengan KSSR diharapkan semua guru memahami
dan bersama mencapai objektif kementerian pelajaran dalam dunia pendidikan
yang semakin mencabar.
KSSR BAHASA
MELAYU TAHUN 3:PN ASFARRITA BINTI JAAFAR
KSSR DUNIA
SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3: PN.RUHAIDA BINTI FADZIL
KSSR
MATEMATIK TAHUN 3:PN WANIE FAZLINDA BT INCHE ZAKUAN
KSSR
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN: PN NORLELAWATI BINTI ABDULLAH
KSSR DUNIA
SENI VISUAL TAHUN 3: CIK NADIAH BT SHARUL HAYALI
No comments:
Post a Comment