MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Tuesday, 13 January 2015

FOKUS PERKHIDMATAN B & K

Perkhidmatan B & K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus kepada program dan aktiviti;

1.Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid 
2.Peningkatan disiplin diri murid
3.Pendidikan Kerjaya murid
4.Psikososial dan kesejahteraan mental murid


Fokus Pembangunan Sahsiah Diri 
 Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri (charector) murid dari aspek;
1      Sikap penyayang (kepedulian)
2      Budi bahasa
3      Konsep kendiri
4      Kepemimpinan
5      Komunikasi
6      Kekemasan diri
7      Ketepatan masa

Fokus Peningkatan Disiplin Diri Murid
 Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala seperti berikut;
1              Perlakuan ponteng sekolah
2              Perlakuan berunsur jenayah
3              Perlakuan berunsur kelucahan
4              Perlakuan berunsur kurang sopan
5              Perlakuan berunsur vandalisme

Fokus Pendidikan Kerjaya Murid
Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai  maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;

1. melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi memastikan semua murid dapat mengenalpasti potensi diri, minat, sikap dan hala tuju kerjaya.

2. Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid mulai sekolah rendah sehingga menengah dalam pelan pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka.

3. Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus ke kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-institusi awam atau swasta.

Fokus Psikososial dan kesejahteraan mental murid

Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekal dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;

1              Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi
2              Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi
3              Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif

Fokus Pengurusan Profil Murid
 Fokus ini adalah menyediakan pengkalan Profil Murid. Ia bertujuan untuk membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid seterusnya  tindakan membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukan secara lebih berkesan.  Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;

1       Menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin
2      Menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah
3      Menyediakan profil kerjaya setiap murid
4      Menyediakan profil murid dari segi Kesejahteraan Mental/emosi

Profil murid hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid, latar belakang ibu bapa/penjaga, latarbelakang masalah, kekerapan dan punca  masalah, status tindakan penyelesaian.

Fokus Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan
 Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan diri dari segi kegiatan seks bebas, bahaya HIV, dadah, rokok termasuk bahan inhalan.

 Fokus ini juga adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar mengelakkan diri daripada jenayah rogol dan bunuh diri.

Fokus Konsultasi Keibubapaan:

Fokus ini adalah membimbing murid mengetahui tanggungjawab diri dalam keluarga di mana;

1              kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam persekolahan,
2              melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.
Fokus Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
 Fokus ini adalah meningkatkan  kemahiran menolong dan soft skills (kemahiran generik) semua ahli PRS. Guru B & K perlu;

1              Melaksanakan latihan kemahiran kepada murid yang menjadi PRS.
2      Melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu rakan sebaya berkonsepkan ‘Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’ dengan;
a.            PRS sebagai role model kepada orang lain
b.            Memberi galakan kepada rakan agar bersikap positif
c.             Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain


No comments: