28 Oktober 2021 (Khamis): Kesejahteraan diri adalah elemen penting untuk memastikan setiap individu memiliki kehidupan yang berkualiti. Tindakan mengenepikan aspek psikologi dalam rutin harian memberi impak yang negatif dalam keharmonian sesebuah organisasi. Warga Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM (SKPTLDM) yang terdiri daripada kalangan guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) juga tidak terkecuali menghadapi pelbagai isu kehidupan yang perlu dibantu dalam mengurus konflik intrapersonal dan interpersonal agar isu-isu yang dihadapi dapat ditangani dan diuruskan dengan sebaiknya.
Guru Besar, Rohaizan Bin Mohammed Hanif Sedang menjelaskan taklimat Psikologi 3A kepada guru-guru menerusi google meet sebelum mesyuarat bulanan guru dimulakan
Sehubungan itu, untuk meningkatkan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi Guru dan AKP dengan elemen #3A iaitu AWARE, ALERT, ACTION ataupun SEDAR, PEKA, TINDAK ia jelaskan terperinci oleh guru besar semasa mesyuarat bulanan guru. Kali ini tajuk yang dikongsi ialah berkaitan dengan Konsep Asas Krisis. Krisis merupakan satu keadaan yang berlaku tanpa diramal dan menyebabkan individu dalam keadaan terganggu dan bercelaru. Krisis berlaku apabila keseimbangan psikologi manusia terganggu dan mekanisme menangani masalah tidak mampu membawa semula individu kepada keseimbangan itu.
No comments:
Post a Comment