Ilmu
kepimpinan dan pengurusan kepada para pemimpin sekolah seperti pengawas, ketua
kelas, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Pusat Sumber adalah amat penting
untuk dikuasai oleh semua ahli yang telah dilantik. Maka sewajarlah mereka ini
diberi pendedahan supaya mereka dapat
memacu diri mereka ke arah kecemerlangan sahsiah. Adalah diharapkan, kursus
yang dianjurkan ini akan dapat memberikan input dan gambaran yang lebih jelas
kepada semua peserta yang terlibat tentang pengurusan organisasi yang diceburi
dan seterusnya dapat membantu untuk merancang dan meningkatkan prestasi dan kualiti
kepimpinan mereka agar lebih bertanggungjawab dan berdedikasi.
OBJEKTIF
o
Memberi kefahaman terhadap konsep
kepimpinan yang efisien dan berketerampilan kepada peserta.
o
Meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam menghadapi cabaran menjalankan
tugas
o
Memberi kefahaman mendalam kepada perserta tentang pengurusan dan
pentadbiran organisasi.
o
Memberi pendedahan terhadap kaedah dan konsep pengurusan masa yang
praktikal kepada peserta.
o
Melahirkan pemimpin yang
berkarisma dan berfikiran terbuka serta mempunyai jati diri yang kuat.
KUMPULAN SASARAN
KUMPULAN
SASARAN
|
JUMLAH
|
1. Pengawas
Sekolah
|
56
Orang
|
2. Pengawas
Pusat Sumber
|
54
Orang
|
3.
Ahli
Pebimbing Rakan Sebaya
|
15 Orang
|
JUMLAH
PESERTA
|
125 Orang
|
PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh:
22 Februari 2013
Hari
: Jumaat - Sabtu
Masa:
3.00 pm (Jumaat) – 3.00 pm (Sabtu)
Tempat:
Kem Amir Chalet Kampung Baru, Setiawan
KAEDAH PERLAKSANAAN
Kursus kepimpinan yang dijalankan
meliputi aktiviti ceramah, latihan dalam kumpulan dan penglibatan peserta
secara aktif
JAWATANKUASA PELAKSANA
1.
Pengerusi : Ramlan bin Hussin Guru Besar
2.
Naib Pengerusi 1: Pn Khatijah Bt Ali PK
1
3.
Naib Pengerusi 2: Pn Hjh Maziah Bt Abd. Rahman PK
HEM
4.
Setiausaha 1: Ahmad Zuliadi Bin Mustafa
5.
Penolong Setiausaha: Pn Norbi Bt Ayob
6.
Ahli Jawatankuasa
Pendaftaran:-
Asfarrita Bt Jaafar
Salmiah Bt A.Rani
Disiplin Dan Keselamatan:
Norsikin Bt Mohd Zain
Mohd Fadzil Bin Zainal Abidin
Mohd Adam Bin Ahmad Razali
Noraswani bt Norfaiz
Peralatan / LCD / Siaraya
Ahmad
Zuliadi Bin Mustafa
Sijil & Cenderahati
Salwa Bt Wadud
Azizah Bt Abd Rahim
Makanan dan Minuman
Norbi bt Ayob
Nureha Bt Mohamad
Peserta yang terlibat diharapkan akan memperolehi
manfaat dalam program yang akan diadakan ini. Mereka diharapkan lebih
bermotivasi dan cenderung untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang di
amanahkan dengan lebih produktif. Usaha
ini seterusnya dapat melahirkan pemimpin
pelajar yang sentiasa cemerlang dari
segi sahsiah dan intelek.
Sekian terima kasih,
AHMAD ZULIADI BIN MUSTAFA)
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
No comments:
Post a Comment