MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday, 25 February 2013

LAPORAN PROGRAM:KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR TAHUN 2013



Ilmu kepimpinan dan pengurusan kepada para pemimpin sekolah seperti pengawas, ketua kelas, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Pusat Sumber adalah amat penting untuk dikuasai oleh semua ahli yang telah dilantik. Maka sewajarlah mereka ini diberi pendedahan supaya mereka  dapat memacu diri mereka ke arah kecemerlangan sahsiah. Adalah diharapkan, kursus yang dianjurkan ini akan dapat memberikan input dan gambaran yang lebih jelas kepada semua peserta yang terlibat tentang pengurusan organisasi yang diceburi dan seterusnya dapat membantu untuk merancang dan meningkatkan prestasi dan kualiti kepimpinan mereka agar lebih bertanggungjawab dan berdedikasi.

Kursus ini dilaksanakan untuk kumpulan sasar yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ahli pembimbing rakan sebaya. Program ini dilaksanakan pada 22 hingga 23 februari  2013 di  Kem Amir Chalet Kampung Baru, Setiawan.

Para peserta bertolak ke Kem Amir Chalet dengan menaiki 2 buah bas yang disediakan oleh pihak TLDM pada jam 3.30 petang. Sebelum itu semua peserta berkumpul dikantin untuk mendengar taklimat awal dan membuat semakan nama peserta yang melaporkan diri oleh AJK pendaftaran.

Kira-kira jam 4.00 petang peserta sampai di Kem Amir Chalet dan terus membuat pendaftaran di meja urusetia diketuai oleh cikgu Salwa dan dibantu oleh cikgu Nureha. Semasa pendaftaran peserta telah ditetapkan bilik masing-masing yang telah disediakan. Sebanyak 5 buah bilik disediakan oleh pihak chalet untuk penginapan peserta

Setelah selesai pendaftaran dan  lebih kurang jam 4.30 petang selepas menghantar pakaian ke bilik masing-masing semua peserta minum petang dikantin chalet. Seterusnya mereka masuk ke dewan untuk menjalankan aktiviti ice breaking. Aktiviti ini diketuai oleh cikgu Zuliadi dan dibantu oleh beberapa orang fasilitator. Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk memastikan peserta salin kenal mengenali dengan semua peserta, mewujudkan kemesraan diantara mereka dan sebagainya. Selain itu juga pembentukkan kumpulan turut dibuat semasa aktiviti ice breaking dijalankan.

Seterusnya pada jam 6.30 petang peserta mempersiapkan diri untuk menjalankan aktiviti kerohaniaan bagi peserta islam seperti solat maghrib, solat hajat, solat isya dan zikir yang diketuai oleh ustaz Fadzil dan Ahmad Syaibani. Manakala bagi peserta bukan islam mereka diberikan tugasan yang bersesuaian oleh fasilitator yang terlibat.

Pada jam 9.15 malam selepas menunaikan solat isyak aktiviti seterusnya ialah peserta perlu menyiapkan tugasan yang disediakan oleh fasilitator yang diketuai oleh cikgu Norbi. Aktiviti ini mengambil masa 2 jam dengan beberapa aktiviti yang bertujuan untuk mengenalpasti beberapa nilai-nilai murni yang diamalkan setiap kumpulan seperti bekerjasama, kreativiti, bertanggungjawab dan sebagainya. Seterusnya pada jam 11.15 malam peserta disediakan minum malam sebelum  masuk ke bilik untuk tidur.

Semua peserta bangun tidur pada jam 5.30 pagi dan bersiap untuk menunaikan solat subuh  disurau yang diketuai oleh cikgu Adam dan ustaz Ahmad Syaibani. Kira-kira jam 8.00 pagi peserta melakukan sedikit senaman dengan aktiviti berjalan kaki sekitar pantai berhampiran dengan kem yang diketuai oleh cikgu Adam dan dibantu oleh beberapa orang fasilitator yang lain.

Pada jam 8.30 pagi peserta bersarapan pagi dan selepas itu mereka mmbuat persiapan diri untuk menjalankan aktiviti seterusnya. Aktiviti kali ini dijalankan oleh semua peserta mengikut  unit masing-masing yang dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa unit masing-masing. Dimana pengawas diketuai oleh cikgu Salmiah, pengawas pusat sumber cikgu Asfarrita dan Pembimbing Rakan Sebaya ialah cikgu Norbi. Aktiviti yang dijalankan melibatkan peranan dan tanggungjawab mereka disekolah dalam menjalankan tugas harian sebagai pemimpin pelajar. Aktiviti ini mengambil masa  lebih kurang 2 jam  dan setelah selesai peserta diarahkan ke kantin untuk minum pagi.

Pada jam 11.00 pagi semua peserta dikehendaki berada didalam dewan untuk mengikuti aktiviti ceramah dan  majlis penutupan kursus kepimpinan pelajar tahun 2013. Penceramah jemputan untuk kursus ini ialah Norafiza binti Mohd Hasdi daripada Fakulti Pentadbiran Perniagaan UiTM Seri Iskandar. Selepas 1 ½ jam, majlis penutupan dijalankan, dimana ia dimulai dengan ucapan oleh wakil pengajur kursus iaitu cikgu Norsikin, bacaan doa oleh ketua pelajar, ucapan wakil peserta, penyampaian sijil penyertaan oleh penolong kanan Hal Ehwal Murid cikgu Maziah Abdul Rahman dan diakhiri dengan persembahan peserta dengan menyanyikan lagu tema kursus iaitu “Aku Yang Terpilih”.


Kursus ini disertai oleh 107 daripada 109 peserta yang telah membuat pendaftaran sebelum ini. Namun semasa pendaftaran 2 orang peserta telah dimaklumkan mengalami masalah kesihatan oleh penjaga masing-masing. Kursus ini dikendalikan dengan baik dan lancar oleh guru-guru sebagai fasilitator yang terlibat mengikut jadual tugasan masing-masing dengan penuh kerjasama dan prihatin terhadap tugas masing-masing.

Disepanjang kursus dijalankan keselamatan dan disiplin peserta terkawal dan tiada sebarang kemalangan yang berlaku,  namun ada sedikit ketidakselesaan peralatan di bilik penginapan. Dimana beberapa katil yang disediakan tidak boleh digunakan, namun peserta dinasihatkan  untuk tidur di bawah dengan dialaskan tilam.

Penglibatan peserta dalam semua aktiviti yang dijalankan sangat memuaskan dan mereka melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang disediakan oleh fasilitator dengan beberapa nilai-nilai murni dapat diperhatikan seperti kerjasama, kreatif, bertanggungjawab, tolong menolong dan sebagainya. Dari segi persiapan keperluan  kursus seperti bahan-bahan aktiviti, tempat dan fasilitator  dapat disediakan dengan sepenuhnya. Manakala keperluan makan dan minum, pengangkutan  serta penginapan  peserta dapat disediakan dengan baik dan lancar.




            Peserta  yang terlibat diharapkan akan memperolehi manfaat dalam program yang akan diadakan ini. Mereka diharapkan lebih bermotivasi dan cenderung untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan dengan  lebih produktif. Usaha ini seterusnya dapat  melahirkan pemimpin pelajar  yang sentiasa cemerlang dari segi sahsiah dan intelek. 

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA:-
 SEMUA YANGTERLIBAT: PIHAK PENTADBIR, GURU-GURU, PELAJAR, IBU BAPA, PIHAK TLDM DAN PIHAK AMIR CHALET YANG MENJAYAKAN KURSUS INI...




Disediakan oleh,

AHMAD ZULIADI BIN MUSTAFA
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Disemak oleh,                                                             Disahkan oleh,
HJH MAZIAH BT ABDUL RAHMAN              EN.RAMLAN BIN HUSSIN
PK HEM SKPTLDM                                           GURU BESAR SKPTLDM



No comments: