peserta bertolak ke kem Amir Chalet dengan menaiki 2 buah bas TLDM
Ilmu kepimpinan
dan pengurusan kepada para pemimpin sekolah seperti pengawas, ketua kelas, Pembimbing
Rakan Sebaya dan Pengawas Pusat Sumber adalah amat penting untuk dikuasai oleh
semua ahli yang telah dilantik. Maka sewajarlah mereka ini diberi pendedahan
supaya mereka dapat memacu diri mereka
ke arah kecemerlangan sahsiah. Adalah diharapkan, kursus yang dianjurkan ini
akan dapat memberikan input dan gambaran yang lebih jelas kepada semua peserta
yang terlibat tentang pengurusan organisasi yang diceburi dan seterusnya dapat
membantu untuk merancang dan meningkatkan prestasi dan kualiti kepimpinan
mereka agar lebih bertanggungjawab dan berdedikasi.
Objektif kursus ini adalah seperti memberi kefahaman terhadap konsep
kepimpinan yang efisien dan berketerampilan kepada peserta, meningkatkan
kemahiran kepimpinan dalam menghadapi cabaran menjalankan tugas, memberi
kefahaman mendalam kepada perserta tentang pengurusan dan pentadbiran
organisasi, memberi pendedahan terhadap kaedah dan konsep pengurusan masa yang praktikal kepada
peserta dan melahirkan pemimpin yang berkarisma dan berfikiran terbuka serta
mempunyai jati diri yang kuat.
Kursus ini
dilaksanakan untuk kumpulan sasar yang terdiri daripada pengawas sekolah,
pengawas pusat sumber dan ahli pembimbing rakan sebaya.
Program ini dilaksanakan pada 22
hingga 23 februari 2013 yang bermula
pada hari Jumaat hingga sabtu jam 3.00 pm (Jumaat) – 3.00 pm (Sabtu) bertempat di Kem Amir Chalet Kampung Baru, Setiawan. Ia dijalankan meliputi aktiviti ceramah, latihan
dalam kumpulan dan penglibatan peserta secara aktif
Program dimulai dengan para peserta membuat pendaftaran di kem Amir Chalet, ice breaking dan membuat tugasan pada malamnya pada hari pertama. Manakala pada hari kedua peserta melakukan senaman terlebih dahulu yang diketuai oleh cikgu Adam sebelum melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti latihan dalam kumpulan dan ceramah yang disampaikan oleh cik Norafiza Bt Mohd Hardi pensyarah UiTM Seri Iskandar dan berakhir dengan majlis penutup serta penyampaian sijil penyertaan kepada peserta oleh penolong kanan HEM puan Maziah.
Peserta yang terlibat diharapkan akan memperolehi
manfaat dalam program yang akan diadakan ini. Mereka diharapkan lebih
bermotivasi dan cenderung untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang di
amanahkan dengan lebih produktif. Usaha
ini seterusnya dapat melahirkan pemimpin
pelajar yang sentiasa cemerlang dari
segi sahsiah dan intelek.
Setinggi-tinggi
ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat iaitu pihak sekolah, guru-guru,
pelajar, ibubapa dan semua. Pihak kami memohon kemaafan jika ada kelemahan dan
kekurangan sepanjang mengendalikan kursus ini- GB&K SKPTLDM
Minum Petang
Pendaftaran Peserta
sesi ice breaking
Makan Malam
Aktiviti Kerohaniaan
Aktiviti Moral
Aktiviti Tugasan
Semangat Kerjasama diterapkan kepada peserta kursus
No comments:
Post a Comment