MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Tuesday, 7 August 2012

AMALAN UNTUK PELAJAR CEMERLANG: BACAAN YASIN DAN DOA AKASYAH

Bacalah surah yassin selepas solat maghrib dan pada malam jumaat setiap bulan. Kemudian, bacalah surah yassin pada setiap malam hari peperiksaan sehingga mata pelajaran terakhir peperiksaan. Cara membaca surah yassin untuk penerang hati dan lulus peperiksaan diperlihatkan seperti berikut :-

1. Niat
Ya Allah, aku berniat membaca surah yassin ini untuk aku/anak-anakku belajar dan lulus peperiksaan (sebut nama peperiksaan…….) dengan cemerlang

2. Permohonan
Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. Kaulah Tuhan yang Maha Pemurah, Maha Penyayang lagi maha Mengasihani. Aku bermohon kepadaMu bahawa berkatilah aku membaca yassin ini, kau terangilah hatiku/anak-anakku dan tenangkan fikiranku/ anak-anakku supaya aku/ anak-anakkudapat belajar dan memahami segala ilmu dan mata pelajaran yang anak-anakku ambil untuk peperiksaan (sebut nama peperiksaan….) Kau berilah kesihatan tubuh badan dan otakku/ anak-anakku dan kau berilah jalan yang mudah bagiku/ anak-anakku agar aku/ anak-anakku lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan tersebut. Amin Ya Rabbal Alamin.

3. Sebelum membaca surah yassin, bacalah dahulu surah al-fatihah sebanyak 7 kali dan setiap satu bacaan sedekahkanlah kepada yang berikut :-
i. Aku baca surah al-fatihah ini untuk Nabi Muhammad saw. Alfatihah……
ii. Aku baca surah al-fatihah ini untuk Malaikat. . Alfatihah……
iiii. Aku baca surah al-fatihah ini untuk para Nabi. Alfatihah……
iv. Aku baca surah al-fatihah ini untuk para wali. Alfatihah……
v. Aku baca surah al-fatihah ini untuk Ibu Bapaku.. Alfatihah……
vi. Aku baca surah al-fatihah ini untuk sekelian Muslimin. Alfatihah……
vii. Aku baca surah al-fatihah ini untuk segala hajatku. Alfatihah……

4. Baca Bismillah dan baca kata yassin iaitu perkataan yassin sebanyak 7 kali dan baca niat serta permohonan seperti perkara di nombor 1 dan 2 di atas.
5. Apabila tiba pada ayat “salamun qau lan mirrabil rahim”, baca ayat tersebut sebanyak 7 kali dan sebutkan niat dan permohonan seperti perkara di nombor 1 dan 2 atas. Kemudian teruskan membaca surah yassin hingga tamat.
6. Apabila tiba pada ayat “awalai thallazi khalaqassama watiwal ardha biqadirin ‘allaiyah luqamislahum bala…”. Bacalah ayat tersebut sebanyak 7 kali dan ulang niat dan permohonan pada perkara nombor 1 dan nombor 2 di atas. Kemudian teruskan membaca yassin hingga tamat.
7. Setelah tamat membaca surat yassin, sebaik-baiknya ulang sekali lagi niat dan permohonan seperti perkara nombor 1 dan nombor 2 di atas. Kemudian tutup kitab yasin dan cium sekali. Disamping mengamalkan surat yassin, anda digalakkan membaca doa Akasyah pada awal tahun, pertengahan tahun dan pada malam menjelang peperiksaan esoknya. Sebaik-baiknya membaca doa Akasyah selepas solat maghrib. Cara mengamalkan doa Akasyah adalah seperti berikut :-

i. Niat
Ya Allah, aku berniat membaca doa Akasyah ini untuk aku/ anak-anakku belajar dan lulus peperiksaan (sebut nama peperiksaan…….)
ii. Permohonan
Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. Kaulah Tuhan yang Maha Pemurah, Maha Penyayang lagi maha Mengasihani. Aku bermohon kepadaMu bahawa berkatilah aku membaca yassin ini, kau terangilah hatiku/anak-anakku dan tenangkan fikiranku/ anak-anakkusupaya aku/ anak-anakku dapat belajar dan memahami segala ilmu dan mata pelajaran yanganak-anakku ambil untuk peperiksaan (sebut nama peperiksaan….) Kau berilah kesihatan tubuh badan dan otakku/ anak-anakku dan kau berilah jalan yang mudah bagiku/ anak-anakku agar aku/ anak-anakku lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan tersebut. Amin Ya Rabbal Alamin.
iii. Bacalah surah al-fatihah sebanyak 7 kali dengan cara yang sama seperti membaca surah Yassin seperti di atas.
iv. Bacalah doa Akasyah hingga tamat
v. Setelah tamat membaca doa Akasyah ulangi niat dan permohonan seperti perkara nombor 1 dan 2 seperti di atas.
PERINGATAN : disamping surah yassin dan doa Akasyah anda bolehlah mengamalkan doa-doa ringkas lain untuk tujuan belajar, penerang hati, penenang fikiran dan keselamatan diri.

Dalam kitab Mujarabat ada menyatakan bahawa doa Akasah ini pda asalnya dibawa oleh Malaikat Jibril as.s dari arasy… dari sayyidina Abu Bakar A-Siddiq r.a telah berkata.,.. pada suatu hari aku sedang duduk di hadapan Rasulullah SAW di dalam Masjid Madinah AL Munawwarah, tiba-tiba datang Malaikat Jibril as. Dengan membawa Doa Akasyah lalu diberikan kepada Rasulullah SAW seraya berkata.. Wahai Rasulullah, sesungguhnya yang aku bawa ini Doa Akasyah yang sejak dari Nabi Adam a.s. dan nabi-nabi lain belum pernah diberi kecuali kepada engkau. Kata Malaikat Jibril algi, sesungguhnya aku melihat Doa Akasyah ini tergantung di bawah Arasy selama 90,000 tahun sebelum Allah menciptakan dunia seisinya.

Fadilatnya:
1.. Dapat menghafal Al Quran: …. Hendaklah membaca doa ini sebelum membaca Al Quran dengan penuh ikhlas kepada Allah SWT… Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku,, Wahai Abu Bakar, janganlah kamu tinggal membaca doa Akasyah ini, sebab membaca doa ini bererti akan memperolehi kesentosaan dan anugerah dari Allah SWT,, dapat menghafaz Al Quran dan Kitab.. Sayyidina Uthman Ibnu Affan ra. Pernah berkata, Sesungguhnya aku dapat menghafaz Al Quran dengan berkat doa Akasyah ini.

2.. Memperolehi kekuatan luar biasa: Sayyidina Ali ibnu Abu Talib ra. Pernah berkata, Aku telah memiliki kekuatan dan keberanian yang laur biasa disebabkan berkahnya Doa Akasyah ini.

3. Diampuni Allah SWT segala Dosa.

4. Membaca dengan ikhlas hati benar2 kerana Allah secara istiqomah..Insyallah diberi keampunan dan dihapuskan segala dosa.

5. Pada hari kiamat akan diberi Allah SWT pahala yang besar.. Hasan Basri ra berkata, Sesungguhnya aku telah mendegar Rasulullah SAW bersabda; Bahawa seseorang itu tidak akan memperolehi pahala yang berlimpah-limpah seperti pahala orang membaca Doa Akasyah ini… Syeikh Sya’ban ra berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,, Barang siapa membaca doa Akasyah ini, jika ia meninggal dunia, maka ia sentiasa mendapat anugerah dari Allah SWT banyak nya malaikat ikut menghantarkan jenazahnya kekubur,,, yang satu malaikat telah membawa nur.

6. Mendapat darjat yg tinggi didunia dan akhirat. DALam hidupnya sentiasa membaca doa tersebut,, nescaya Allah SWT mengangkat darjatnya di dunia dan akhirat.. Apabila bangkit dari kubur, wajahnya seperti bulan purnama…banyaknya malaikat berada disekeliling nya,,yg semuanya membawa bendera dari cahaya terus menuju ke syurga bersama-sama orang yang membaca doa Akasyah....Orang yg berada di padang masyar merasa kagum dan tercengang/hairan kerana dihormati oleh para malaikat dan orang soleh

DOA AKASYAH:-



MAKSUDNYA:-

Dengan Asma’ Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.Ya Allah, tetapkanlah shalawat dan salam atas junjungan kami Nabi Muhammad, Keluarga dan shahabat-shahabat beliau. Dengan Asma’ Allah yang menyinari sinar diatas sinar, Segala puji bagi Allah Pencipta nur dan menurunkan kitab Taurat diatas gunung Thurdi dalam kitab yang tertulis, Segala Puji bagi Allah Yang Disebut kaya dengan kemulyaan dan keagungan yang dikenal dan atas senang dan susah yang disyukuri dan segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan gelap dan terang, kemudian orang-orang kafir kepada Tuhannya dan berpaling.

Kaf Ha Ya ‘Ain Shaad, Ha Mim ‘Ain Sin Qaf, hanya kepada-Mu lah kami menyembah dan memohon pertolongan, hai Dzat Yang Hidup Tegak Kokoh, Allah Yang sangat belas kasihan kepada hamba-Nya memberi rizki kepada siapa saja yang dia kehendaki, Dia sangat kuat dan mulia, hai Dzat Yang mencukupi segala sesuatu, cukupilah aku dan palingkanlah dariku segala sesuatu dengan kekuasaanMu yang baik, bahwasanya Engkau berkuasa atas segala-galanya.

Ya Allah, Dzat Yang banyak pemberiannya dan Yang selalu bertemu, Yang bagus perbuatannya, Pemberi rizki hamba-hambaNya pada setiap keadaan, hai Dzat Pencipta pertama kali dengan tidak melalui contoh, hai Dzat yang langgeng, yang tidak akan binasa, selamatkanlah kami dari kufur dan tersesat dengan : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, seandainya kufur/rasa bimbang dan ragu masuk dalam keimananku kepada Engkau sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, seandainya kufur masuk kedalam keislamanku kepada Engkau sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, seandainya rasa bimbang dan ragu masuk ke dalam ketauhidanku terhadap Engkau, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, seandainya rasa sombong, takabur,riya’ dan sum’ah / menonjolkan diri dan kekurangan di dalam amal perbuatanku bagi Engkau masuk ke dalam hatiku sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, seandainya sifat dusta, pengumpat, mengadu domba dan pembohong berjalan pada mulutku sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, seandainya di dalam hatiku terlintas rasa was-was sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, seandainya rasa penyerupaan dan lalai masuk ke dalam ma’rifatku kepada Engkau sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, seandainya rasa nifak, dosa-dosa besar dan kecil masuk ke dalam hatiku maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, seandainya sifat riya’ masuk ke dalam amal perbuatanku dan perkataanku sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, kejahatan-kejahatan yang telah aku perbuat sedang aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, kebaikan-kebaikan yang Engkau kehendaki bagiku, lalu aku tidak dapat mensyukuri sedang aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, hal-hal yang telah Engkau takdirkan kepadaku, lalu aku tidak bergembira atau tidak menerimakannya sedang aku tidak tahu atau tahu, maka bertaubatlah aku dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, kenikmatan-kenikmatan yang telah Engkau berikan kepadaku, lalu aku salah gunakan, durhaka kepadamu sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, kenikmatan-kenikmatan yang telah Engkau kuasakan kepadaku, lalu aku tidak bersyukur kepada Engkau sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, kebaikan-kebaikan yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan aku tidak memujiMu, sedang aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, berfikir dalam kekuasaanMu yang Engkau ciptakan terhadapku, lalu aku menutup mata, sedang aku mengetahui atau tidak, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, perbuatan-perbuatan yang aku lakukan sepanjang umurku, lalu Engkau tidak ridha, sedang aku mengerti atau tidak, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, amal perbuatanku yang Engkau perpendek di dalam mengharap-harap rahmatMu, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, jika aku bergantung kepada selain Engkau di dalam menghadapi kepayahan-kepayahan, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, jika aku memohon pertolongan kepada selain Engkau, dalam kecelakaan dan bahaya, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, urusan-urusanku yang telah Engkau baguskan dengan anugerah Engkau dan pandanganku salah, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, jika aku tegelincir menyimpang dari jalan lurus (shirat), karena memohon kepada selain Engkau, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, Yang Hidup tegak kokoh, Yang memiliki rahmat dan banyak anugerahNya, banyak memberi dan Pemilik kerajaan, Tidak ada Tuhan yang lain kecuali Engkau, maha suci Engkau, bahwasanya aku menganiaya diri sendiri, (firman Allah) : “Lalu Kami kabulkan dan Kami selamatkan dia dari kesusahan, demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang beriman” Zakariya ketika menyeru tuhannya, ya Tuhanku: “Janganlah Engkau tinggalkan aku sendiri, Engkaulah waris yang paling baik”.

Ya Allah, dengan hak La ila ha illallah dan kemuliaannya, hak kursi dan keluasannya, hak ‘Arsy dan keagungannya, hak kalam dan berjalannya, hak Lauh Mahfudh dan penjaga-penjaganya, hak Timbangan (Mizan) dan dua matanya, hak Shirat dan kelembutannya, dengan hak Jibril dan kejujurannya, hak Mikail dan belas kasihnya, hak Israfil dan terompetnya, hak Izrail dan terpilihnya, hak Ridlwan dan surganya, hak Malik dan nerakanya, hak Adam dan terpilihnya, hak Ibrahim dan terpilihnya sebagai khalilullah, hak Ishak dan keagamaannya, hak Isma’il dan disembelihnya, hak Ya’kub dan kedukaannya, hak Yusuf dan terasingnya, hak Musa dan ayat-ayatnya, hak Harun dan kehormatannya, hak Hud dan kewibawaannya, hak Shaleh dan untanya, hak Luth dan pemikirannya, hak Yunus dan ajakannya, hak Danial dan kerahmatnya, hak Zakariya dan kesuciannya, hak Isa dan kejiwaannya dan dengan hak Muhammad yang terpilih menjadi kekasihNya dan dengan syafa’at ‘Udhmanya SAW.

Ya Allah, Yang Hidup, tidak ada Tuhan yang lain kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, bahwasanya aku termasuk orang-orang yang menganiaya diri, (Firman Allah); Lalu kami mengabulkannya dan menyelamatkannya dari kesusahan, demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman. Tidak ada Tuhan yang lain kecuali Allah, kepadaNya aku bertawakkal, Dia pengurus ‘Arsy yang Agung. Allah-lah yang mencukupi aku, sebaik-baik Pelindung, Pengurus dan Penolong. Tidak ada daya kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Agung.

Ya Tuhan kami, berilah kebaikan kepada kami di dunia dan akherat, serta peliharalah kami dari siksa api neraka. Shalawat Allah tetapkanlah kepada sebaik-baik makhlukNya, cahaya ‘ArsyNya yaitu junjungan kami , Nabi dan pemberi syafaat bagi kami Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat beliau semua dengan rahmatMu hai Dzat Yang paling belas kasihan. Amin (Semoga Allah mengabulkan permohona kami ini, hai Dzat yang mengurus alam semesta).

1 comment:

Unknown said...

baca yaasin utk akhlak cikgu dan murid lagi baik.... org sekarang akhlak bamyak yg tak manis...