30/08/2012 (KHAMIS):Sambutan ambang kemerdekaan yang telah dirancang hampir sebulan telah berjalan dengan lancar dimana semua pelajar dan guru serta kakitangan sokongan skptlm bersama-sama meraikannya.Program ini bermula jam 7.20 hingga 8.30 pagi di tapak perhimpunan sekolah
Program sambutan ini telah di pengerusikan oleh Pn.Mimi dan dimulai dengan nyanyian lagu negaraku serta lagu jalur gemilang secara beramai-ramai. Seterusnya Pn.Norbi sebagai wakil UB&K memberi penerangan secara jelas dan ringkas tentang sambutan bulan kemerdekaan yang sedang disambut, disamping itu aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh UB&K sepanjang bulan sambutan.
Aktiviti pelajar dimulai dengan bacaan sajak merdeka oleh adik Farah Batrisyia dari 6Kualiti dengan penuh semangat patriotisme dengan pakaian berlatar belakang jalur gemilang beserta iringan muzik minus one "Bahtera Merdeka".
Selepas itu, persembahan dari adik-adik prasekolah dengan gimik mereka tentang perjuangan untuk mencapai kemerdekaan yang turut dibantu oleh guru dan pembantu mereka. Persembahan mereka sungguh menarik dan mendapat tepukan gemuruh daripada pelajar-pelajar lain serta guru-guru.
Saat yang ditunggu telah tiba, dimana pelancaran sambutan ambang merdeka berjaya dilaksanakan dengan lancar dan dirasmikan oleh Guru Besar SKPTLDM En.Ramlan Bin Hussin dengan menarik riben yang diikat pada banner dan diikuti laungan merdeka oleh beliau serta nyanyian lagu 31 Ogos beramai-ramai dengan penuh semangat.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung iaitu pihak pentadbir, guru-guru, pelajar, kakitangan sokongan dan "makcik-makcik" cleaner yang membersihkan kawasan tapak perhimpunan.
AKTIVITI SAMMBUTAN..
PN.MIMI SEDANG MEMPENGERUSIKAN PROGRAM SAMBUTAN AMBANG MRDEKA SKPTLDM
PN.NORBI MENERANGKAN TENTANG ERTI KEMERDEKAAN DAN AKTIVITI YANG AKAN DAN SEDANG DILAKSANAKAN SEPANJANG BULAN SAMBUTAN
ADIK FARAH MENYAMPAIKAN SAJAK MERDEKA DENGAN PENUH SEMANGAT PATRIOTISME.
GIMIK MERDEKA OLEH ADIK-ADIK PRASEKOLAH DENGAN PENUH YAKIN DAN SEMANGAT
NYANYIAN BERAMAI-RAMAI LAGU 31 OGOS OLEH PELAJAR DAN GURU SKPTLDM MENGGAMATKAN LAGI SUASANA SAMBUTAN..
No comments:
Post a Comment