MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Saturday, 3 December 2011

Laporan Perkhidmatan Sesi Kaunseling 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kami bagi pihak Ju ICT Kebangsaan di bawah Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia, ingin merakamkan Jutaan Terima Kasih atas kerjasama anda semua, kerana telah berjaya membuat penghantaran data L4 bagi tahun 2011.

Jumlah Sekolah Sebanyak 4246 buah sekolah telah menghantar data ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.Sedangkan masih ada 2909 buah sekolah lagi yang belum menghantarnya. Jumlah ini sudah ditolak sekolah-sekolah kurang murid dan sekolah tiada kaunselor.


Dari laporan yang kami terima (berakhir pada 2 November 2011), seramai 7415 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling telah menghantar data L4. Seramai 4447 terdiri dari kaunselor sekolah menengah, manakala bakinya (2986) dari sekolah rendah. Dari 7415 orang kaunselor, mereka telah melakukan sebanyak 1,727,246 sesi kaunseling individu dalam masa 10 bulan.


Sesi Kelompok Dari jumlah kaunselor dan GBSM yang sama, seramai 6 822 089 individu telah menerima perkhidmatan sesi kaunseling kelompok.Jika di agihkan kepada 7415 orang GBSM dan GBK, mereka telah melakukan sesi terhadap 115 orang dalam masa setahun (10 bulan). Ini kerana klien yang menghadiri sesi ini adalah orang yang sama secara purata 3 kali setahun.

Jumlah ini jika menurut Pegawai Kaunseling di KPM, masih rendah dan mengharapkan agar setiap kaunselor agar dapat meningkatkan bilangan klien untuk tahun akan datang. Walaupun berdepan dengan pelbagai kekangan masa, pertindihan kes dan banyaknya program yang memerlukan banyak pula pengurusan pejabat.


Dalam Perancangan Untuk masa akan datang, pihak KPM sedang memikirkan bagaimana sesi kaunseling individu dan kelompok dapat di pantau oleh pihak mereka secara online.Ini bermakna, setiap kali sesi dijalankan, kaunselor perlu mengisi data kehadiran sesi dan kes ke dalam sebuah sistem khas. Sistem ini hanya boleh di akses oleh kaunselor dengan mempunyai password tersendiri.

No comments: