MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Friday, 9 December 2011

KENAL DIRI KENALLAH ALLAH

Khaliq dan makhluk dua 'hal' yang berbeza dan berlawanan. Hanya ada 'dua hal' sahaja iaitu 'Khaliq' dan 'makhluk', tak ada yang lain. Khaliq tidak boleh dilihat, digambarkan, ditunjukkan dan sebagainya. Oleh itu, satu-satunya cara untuk mengenal Khaliq ialah dengan mengenal satu-satunya 'lawan'nya iaitu makhluk-kerana tak ada yang lain. Maka, apabila sudah kenal makhluk, selepas itu barulah berupaya unuk mengenal Khaliq. Begitu. Bukan seperti fahaman mereka yang jahil, kononnya apabila disebut 'kenal diri kenallah Allah' maksudnya diri itulah Allah- bukan. Fahaman mereka tersilap lalu menghukum sesat mudah-mudah. Yang kita maksudkan ialah- kenal diri terlebih dahulu maka selepas itu barulah mampu mengenal Allah. Sebagai contoh, kita hendak kenalkan budak pra-sekolah warna hijau dan warna merah (sahaja). Kita letak sepuluh biji bola merah dan sepuluh biji bola hijau dalam satu dulang (hanya ada dua warna sahaja). Kita maklumkan kepada pelajar yang pelajaran hari ini ialah untuk mengenal warna hijau (kita andaikan para pelajar belum kenal warna merah dan hijau). "Baik anak-anak, dalam dulang ini ada bola merah dan hijau. Selepas penerangan saya nanti, saya mahu kamu tunjukkan bola berwarna hijau." Kemudian guru ambil sebiji bola warna merah dan sebut "Bola ini berwarna merah" lalu dikeluarkan daripada dulang. Kemudian guru ambil sebiji lagi bola warna merah dan sebut "Ini juga bola berwarna merah." lalu dikeluarkan. Begitulah untuk bola yang seterusnya hingga bola yang kelima. Semuanya warna merah. "OK pelajar. Sekarang, saya mahu Azlin ambil sebiji bola berwarna hijau." Sekiranya Azlin tidak bengap, sudah tentu dia akan ambil sebiji bola berwarna hijau dan bukannya merah. Sebab apa? Sebab dia sudah kenal lima biji bola warna merah, lalu secara automatik dikenalnya warna hijau kerana dalam dulang itu hanya ada dua hal (*SAHAJA) iaitu "merah' dan 'hijau'. Begitulah tamsilannya. Apabila ita sudah kenal makhluk/ diri, kemudian barulah kita boleh kenal Khaliq.

No comments: