INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021
Saturday, 24 December 2011
Rahsia keajaiban air Zam-Zam
Tidak banyak yang tahu bagaimana caranya telaga air zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada satu musim haji, tanpa pernah kering satu kali pun.
Wednesday, 21 December 2011
Berani mencuba
Majoriti pelajar yang ditanyakan soalan “apakah yang anda paling takuti sebagai seorang pelajar?” akan menjawab bahawa mereka takut gagal.
Satu perkara, bagus jika anda takut gagal dan mula berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya. Kegagalan boleh mencetuskan rasa takut dalam diri pelajar hingga mereka bermati-matian berusaha untuk mengelakkannya.
Tuesday, 13 December 2011
KENALI JELI...
Friday, 9 December 2011
Gerhana Bulan Penuh - 10 Disember 2011
Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam.
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
BACA LAGI....
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam.
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
BACA LAGI....
KENAL DIRI KENALLAH ALLAH
Khaliq dan makhluk dua 'hal' yang berbeza dan berlawanan. Hanya ada 'dua hal' sahaja iaitu 'Khaliq' dan 'makhluk', tak ada yang lain.
Khaliq tidak boleh dilihat, digambarkan, ditunjukkan dan sebagainya. Oleh itu, satu-satunya cara untuk mengenal Khaliq ialah dengan mengenal satu-satunya 'lawan'nya iaitu makhluk-kerana tak ada yang lain. Maka, apabila sudah kenal makhluk, selepas itu barulah berupaya unuk mengenal Khaliq. Begitu.
Bukan seperti fahaman mereka yang jahil, kononnya apabila disebut 'kenal diri kenallah Allah' maksudnya diri itulah Allah- bukan. Fahaman mereka tersilap lalu menghukum sesat mudah-mudah. Yang kita maksudkan ialah- kenal diri terlebih dahulu maka selepas itu barulah mampu mengenal Allah.
Sebagai contoh, kita hendak kenalkan budak pra-sekolah warna hijau dan warna merah (sahaja). Kita letak sepuluh biji bola merah dan sepuluh biji bola hijau dalam satu dulang (hanya ada dua warna sahaja). Kita maklumkan kepada pelajar yang pelajaran hari ini ialah untuk mengenal warna hijau (kita andaikan para pelajar belum kenal warna merah dan hijau).
"Baik anak-anak, dalam dulang ini ada bola merah dan hijau. Selepas penerangan saya nanti, saya mahu kamu tunjukkan bola berwarna hijau."
Kemudian guru ambil sebiji bola warna merah dan sebut "Bola ini berwarna merah" lalu dikeluarkan daripada dulang.
Kemudian guru ambil sebiji lagi bola warna merah dan sebut "Ini juga bola berwarna merah." lalu dikeluarkan.
Begitulah untuk bola yang seterusnya hingga bola yang kelima. Semuanya warna merah.
"OK pelajar. Sekarang, saya mahu Azlin ambil sebiji bola berwarna hijau."
Sekiranya Azlin tidak bengap, sudah tentu dia akan ambil sebiji bola berwarna hijau dan bukannya merah. Sebab apa? Sebab dia sudah kenal lima biji bola warna merah, lalu secara automatik dikenalnya warna hijau kerana dalam dulang itu hanya ada dua hal (*SAHAJA) iaitu "merah' dan 'hijau'.
Begitulah tamsilannya. Apabila ita sudah kenal makhluk/ diri, kemudian barulah kita boleh kenal Khaliq.
Saturday, 3 December 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)