INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021
Tuesday, 12 April 2011
Program Teknik Menjawab Kertas Bahasa Melayu UPSR 2011
09 april 2011:SABTU:- PROGRAM teknik menjawab kertas soalan Bahasa Melayu telah diadakan di dewan sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM bermula pda jam 8.30 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan dan teknik menjawab yang perlu diikuti oleh para pelajar untuk menjawab soalan UPSR Bahasa Melayu. Program ini disertai oleh semua pelajar tahun 6 dan dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Ketua Pemeiksa Kertas Bahasa Melayu puan Zalina Khalid. Sepanjang program ini berjalan para pelajar memberi tumpuan sebaik mungkin dan program ini turut dibantu oleh guru-guru tahun 6 dan guru bimbingan dan kaunseling en.Ahmad Zuliadi dan Puan Norbi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment