INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021
Tuesday, 5 April 2011
Program Sayangi Diri
Program Sayangi diri telah diadakan di makmal bestari SKPTLDM pada 2 April 2011 yang bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sepanjang program ini berlangsung ia dikendalikan oleh Wakil LPPKN iaitu Puan Razania dan Encik Khairunniza.
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi maklumat kepada peserta hal-hal yang berkaitan perkembangan awal remaja, perihal keselamatan seksualiti/fizikal diri, maklumat dan kemahiran bertindak terhadap emosi diri dan melatih peserta supaya mendapat lebih kemahiran dalam penjagaan diri.
Program ini berlangsung pada tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:
Tarikh : 2, 9, 16 April 2011
Hari : Sabtu
Tempoh Masa : 8.00 hingga 1.00 Ptg
Sasaran : Semua Pelajar tahun 5
Tempat : Makmal Bestari SKPTLDM
Pakaian : Pakaian Sukan Sekolah
Peralatan Yang : Alat Tulis
Perlu Dibawa
Para peserta akan menghadiri program tersebut mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh UBK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment