11/8/2021: Berikut adalah antara aktiviti yang disediakan oleh Bimbingan Dan Kaunseling sepanjang bulan Julai. Aktiviti tersebut melibatkan semua murid tahap 1 dan tahap 2. Segala info aktiviti disampaikan menerusi telegram rasmi bimbingan dan kaunseling dan group kelas masing-masing. Antara kaedah yang digunakan untuk menyampaikan info dan aktiviti ialah melalui telegram, google form, google meet, buku tulis, wordwall dan sebaginya. Tahniah dan syabas kepada semua murid yang aktif melibatkan diri dan menyiapkan semua aktiviti yang disediakan. Juga kepada guru kelas yang turut memberi kerjasama kepada unit bimbingan dan kaunseling kami ucapkan ribuan terima kasih.
No comments:
Post a Comment