Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengedarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah sebagai rujukan pengurusan sekolah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit Korona virus 2019 (COVID-19) dan memastikan kesihatan murid sentiasa diutamakan. (KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 )
Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling serta Program Minda Sihat dalam Kebiasaan Baharu ini adalah maklumat tambahan garis panduan berkenaan. Panduan ini dikeluarkan bertujuan memastikan
- menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang teratur;
- mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan kebersihan dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling;
- memastikan perkhidmatan kaunseling dilaksanakan dalam keadaan selamat;
- meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental; dan
- memugarkan emosi murid bagi menyokong kesejahteraan diri.
PANDUAN PELAKSANAAN
SESI BIMBINGAN, KAUNSELING DAN KONSULTASI DI SEKOLAH DALAM KEBIASAAN BAHARU
OBJEKTIF
Objektif panduan pelaksanaan ini adalah untuk:
memastikan perkhidmatan yang dijalankan selamat, teratur dan efektif; dan
mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan kebersihan dalam melaksanakan sesi bimbingan, kaunseling dan konsultasi.
Guru Bimbingan dan Kaunseling
memberi taklimat tatacara perkhidmatan kepada guru dan murid;
mempamerkan tatacara perkhidmatan di luar bilik kaunseling;
memastikan bilik kaunseling bersih dan selamat untuk beroperasi;
mengendalikan kes krisis secara profesional; dan
melaksana perkhidmatan berdasarkan perubahan peraturan semasa.
Guru
merujuk murid yang mengalami perubahan tingkah laku dan emosi kepada GBK;
melaksanakan program minda sihat dalam kelas;
meningkatkan kesedaran kepentingan kesihatan mental dalam kalangan murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran; dan
mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jika perlu.
Persediaan Kemudahan di Bilik Kaunseling
GBK perlu
memastikan perkara-perkara berikut disediakan sebelum beroperasi:
Sebelum
Sesi
GBK bertanggurigjawab;
Semasa Sesi
GBK bertanggungjawab
Selepas
Sesi
GBK bertanggur:igjawab
PROGRAM MINDA SIHAT DI SEKOLAH DALAM KEBIASAAN BAHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1. Pengenalan
1.1
Program Minda Sihat Di Sekolah Dalam Kebiasaan Baharu
dilaksanakan bagi memugarkan emosi murid kesan daripada penularan pandemik atau krisis yang berlaku.
1.2
Program ini
mengunakan tema "Minda Sihat: Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera" bagi meningkatkan kesedaran warga
sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan mental.
2. Objektif
Objektif program ini adalah
untuk;
2.1
meningkatkan kesedaran murid tentang
kepentingan penjagaan kesihatan mental;
2.2
mengenal pasti
gejala awal yang memberi kesan kepada minda akibat pandemik atau krisis yang berlaku;
2.3
melaksanakan intervensi bagi menguruskan emosi dalam kalangan
murid;
2.4
meningkatkan kemahiran daya tindak murid dalam
mengendalikan emosi; dan
2.5
memugarkan emosi murid bagi menyokong kesejahteraan diri.
3. Pendekatan
Program ini menggunakan empat pendekatan utama iaitu pencegahan, perkembangan, pemulihan dan krisis.
3.1
Pencegahan
Pencegahan dilaksanakan melalui aktiviti berikut:
3.1.1 mengenal pasti isu murid melalui analisis keperluan;
3.1.2 mempromosikan kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah penyakit mental; dan
3.1.3 membimbing murid menguruskan emosi bagi meningkatkan daya tindak.
3.2
Perkembangan
Perkembangan dilaksanakan melalui
perkara berikut:
3.2.1
· meningkatkan
keupayaan murid berfikir secara sihat, rasional dan kreatif melalui aktiviti
seperti bimbingan kelompok, mentor mentee dan
Pembimbing Rakan Sebaya;
3.2.2
meningkatkan kawalan diri, konsep kendiri positif
dan resilien; dan
3.2.3
meningkatkan kemahiran mengawal emosi
melalui sesi bimbingan
· berterusan.
3.3
Pemulihan
Pemulihan dilaksanakan melalui perkara berikut:
3.3.1
melaksanakan
intervensi minda sihat kepada murid yang dikenal pasti; dan
3.3.2
melaksanakan sesi
kaunseling secara berterusan dan
berfokus kepada penyelesaian isu menggunakan pendekatan kaunseling seperti Solution Focus Brief Therapy, Cognitive Behavioral Therapy
dan Choice
Theory Reality Therapy.
3.4
Krisis
Krisis dilaksanakan melalui
perkara berikut:
3.4.1
mengenal pasti murid
yang mengalami tanda kemurungan dan tanda awal kecelaruan mental (contoh
skizofrenia, kecelaruan bipolar);
3.4.2
melapor kes krisis kepada Pengetua atau Guru Besar; dan
3.4.3
mengadakan
konsultasi dengan ibu bapa untuk merujuk murid kepada pegawai kesihatan di
klinik dan hospital berdekatan.
4
Peranan dan Tanggungjawab
4.1
Pentadbir Sekolah
4.1.1
melaksanakan program dengan lancar
dan berkesan;
4.1.2
memantau pelaksanaan program secara
berterusan;
4.1.3
merujuk kes
krisis murid kepada ibu bapa/penjaga;
dan
4.1.4
melaporkan kes krisis murid
kepada PPD dan JPN melalui Sistem Pelaporan lsu
Disiplin dan Pendidikan (e-PIDP).
4.2
Guru
Bimbingan dan Kaunseling
4.2.1
menyelaras pelaksanaan program dengan guru
dan murid;
4.2.2
melaksanakan penataran program kepada guru;
4.2.3
menyebarluaskan maklumat promosi kesihatan mental
kepada guru, ibu bapa dan murid;
4.2.4
menyediakan panduan dan bahan program
kepada guru;
4.2.5
Menyediakan profil murid dari segi isu kesejahteraan emosi;
4.2.6
Melaksanakan program
pencegahan, pengembangan, pemulihan dan krisis mengikut
keperluan murid;
4.2.7
memantau perkembangan murid dari masa ke semasa;
4.2.8
melaporkan kes krisis kepada
Pengetua dan Guru Besar;
dan
4.2.9
menjalinkan kerjasama dengan
Pejabat Kesihatan yang berdekatan
untuk mendapatkan khidmat
nasihat dan bantuan kepakaran.
4.3
Guru
4.3.1
memastikan program dilaksanakan
dengan lancar;
4.3.2
memantau perkembangan perubahan
tingkah laku dan emosi murid;
4.3.3
merujuk murid yang
dikenal pasti mengalami perubahan tingkah laku
dan emosi kepada GBK; dan
4.3.4
meningkatkan
kesedaran kepentingan kesihatan mental merentas kurikulum.
5
Pelaksanaan Program
Program ini dilaksanakan melalui dua strategi iaitu promosi minda sihat di sekolah
rendah dan menengah manakala saringan minda sihat di sekolah menengah sahaja.
Promosi minda sihat bertujuan meningkatkan kesedaran dan kepentingan menjaga kesihatan mental. Aktiviti yang boleh
dijalankan adalah seperti berikut;
5.1.1
Senarai semak keperluan murid
5.1.2
Program 5 minit Pemugaran Minda Sihat
5.1.3
Teknik Relaksasi
5.1.4
Kuiz
5.1.5
Ekspresi Emosi (luahan emosi di nota
pelekat)
5.1.6
Pertandingan - (karikatur, info grafik,
lagu dan video
pendek satu minit Minda Sihat).
Murid yang dikenal pasti mempunyai isu berkaitan emosi, perlu menjalani intervensi menggunakan Modul Minda Sihat (KPM) dan Modul Kesihatan Mental Remaja (KKM)
No comments:
Post a Comment