MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Friday, 13 March 2020

UJIAN PSIKOMETRIK: INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI (IKEP) 2020











13/3/2020(Jumaat): Pentaksiran psikometrik (PPSi) adalah salah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan di semua sekolah bagi mengenalpasti kebolehan semulajadi murid, personaliti, bakat dan kecederungan murid. Selain itu ia digunakan untuk mengenal tret yang boleh diperkembangkan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah. Perlaksanaan PPSI ditadbir oleh pihak sekolah melalui guru bimbingan dan kaunseling kepada  semua pelajar tahun 6 mengikut jadual perlaksanaan yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). 









Untuk itu pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik bagi tahun 2020 dilaksanakan bermula 1 Mac hingga 30 April 2020. Bagi Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM, perlaksanaan Ujian Aptitud dilaksanakan pada 13 Mac 2020. Seterusnya setelah pelajar menduduki ujian ini, guru bimbingan dan kaunseling akan membuat analisa dan pembentangan dapatan serta intevensi mengikut keperluan pelajar yang terlibat.









TUJUAN PERLAKSANAAN PPSi
1.    Mengukur kebolehan semulajadi  & kebolehan yang diperolehi seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud, kemahiran berfikir & kemahiran menyelesaikan masalah.
2.    Untuk mendapat data yang tepat mengenai profil psikologi pelajar
3.    Fahami kekuatan & potensi pelajar yang boleh dibangunkan untuk perkembangan diri pelajar
4.    Guru2 lebih memahami pelajar tentang sikap & perbezaan individu – guru menyediakan PdP yang relevan & kreatif
5.    Menyediakan maklumat tentang personaliti kerjaya yang realistik.








Dengan perlaksanaan psikometrik ini ia sangat  penting untuk mengiktiraf dan memupuk semua kecerdasan individu yang berbeza-beza dan semua kombinasi kecerdasan. Seterusnya memudahkan guru menyediakan latihan atau tugasan yang sesuai dengan personaliti dan minat murid. Melalui aktiviti yang sesuai, mereka akan sentiasa menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan penghargaan diri serta berkeyakinan. Kesesuaian antara personaliti dengan persekitaran pembelajaran murid adalah sangat penting bagi memudahkan mereka menerima input yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. 






No comments: