8 MAC 2019(Jumaat): Program motivasi dan keibubapaan dan taklimat psikometrik dilaksanakan untuk semua pelajar tahun dan ibu bapa tahun 6. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi diri, membina sahsiah dan keperibadiaan serta
mempunyai sikap bertanggungjawab semasa berada di sekolah sebagai persediaan
menghadapi PPSR. Dan mengentahui
dan memahami tentang psikometrik dan kepentingannya untuk pemilihan ke sekolah
menengah yang bersesuaian selepas tamat PPSR.
Pn.Rohaya
selaku pengacara majlis menyampaikan ucapan
alu-aluan kepada hadirin yang hadir
|
Guru
besar SKPTLDM encik Rohaizan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
ibubapa, guru dan pelajar tahun 6 yang bersama-sama menjayakan aktiviti pada
hari ini
Seterusnya program ceramah
keibubapaan oleh penceramah jemputan iaitu ustaz Zikro Bin Othman dari UniKL
Mimet Manjung. Dalam ceramah yang disampaikan beliau menjelaskan tentang
peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak mereka untuk cemerlang di dunia dan
akhirat dengan tidak memingkirkan al-quran sebagai satu kewajipan untuk
membacanya setiap hari.
Ceramah
motivasi keibubapaan oleh ustaz Zikro kepada ibubapa dan pelajar berkaitan
dengan kecemerlangan anak untuk dunia dan akhirat
Setelah ceramah tamat penerangan
tentang psikometrik oleh cikgu Ahmad Zuliadi Bin Mustafa kepada ibu bapa dan
pelajar. Beliau menerangkan dengan jelas perkara-perkara yang berkaitan dengan
perlaksanaan psikometrik untuk tahun 6 seperti
kaedah perlaksanaan ujian, 9 konstruk yang perlu diketahui oleh pelajar, prosedur pentaksiran dan sebagainya.
Cikgu Zuliadi dari bimbingan dan kaunseling memberi taklimat ringkas kepada ibubapa dan pelajar tahun 6 berkenaan dengan psikometrik |
Diakhir program diadakan
penyampaian cenderamata oleh guru besar kepada penceramah jemputan dan majlis berakhir
lebih kurang pukul 4.30 petang.
Guru
besar en.Rohaizan menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan iaitu
ustaz Zikro selepas menyampaikan ceramah beliau.
|
Jutaan terima
kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua guru, pelajar dan ibubapa tahun 6 serta guru bimbingan dan kaunseling di
atas segala usaha yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan program ceramah
keibubapaan dan taklimat psikometrik.
x
No comments:
Post a Comment