INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021
Thursday, 21 March 2019
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING
21/3/2019(Khamis): Bimbingan dan kaunseling skptldm telah mengambil bahagian dalam pertandingan pembentangan amalan terbaik bimbingan dan kaunseling peringkat daerah Manjung tahun 2019.
Pembentangan diadakan di bilik kuliah 2 uniKL MIMET Lumut. Tajuk perbentangan ialah Salam Dhuha dan disampaikan oleh cikgu Ahmad Zuliadi bin Mustafa
Pada pertandingan ini ia diadili oleh barisan juri dari PPD Manjung iaitu encik.Zubairi bin Haris dan pn.Hajah Kelthum BT Abu
Seramai 12 orang guru bimbingan dan kaunseling mewakili sekolah masing2 membentangkan amalan terbaik bimbingan kaunseling yang dilaksanakannya disekolah
Monday, 11 March 2019
Motivasi Keibubapaan Dan Taklimat Psikometrik
8 MAC 2019(Jumaat): Program motivasi dan keibubapaan dan taklimat psikometrik dilaksanakan untuk semua pelajar tahun dan ibu bapa tahun 6. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi diri, membina sahsiah dan keperibadiaan serta
mempunyai sikap bertanggungjawab semasa berada di sekolah sebagai persediaan
menghadapi PPSR. Dan mengentahui
dan memahami tentang psikometrik dan kepentingannya untuk pemilihan ke sekolah
menengah yang bersesuaian selepas tamat PPSR.
Pn.Rohaya
selaku pengacara majlis menyampaikan ucapan
alu-aluan kepada hadirin yang hadir
|
Guru
besar SKPTLDM encik Rohaizan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
ibubapa, guru dan pelajar tahun 6 yang bersama-sama menjayakan aktiviti pada
hari ini
Seterusnya program ceramah
keibubapaan oleh penceramah jemputan iaitu ustaz Zikro Bin Othman dari UniKL
Mimet Manjung. Dalam ceramah yang disampaikan beliau menjelaskan tentang
peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak mereka untuk cemerlang di dunia dan
akhirat dengan tidak memingkirkan al-quran sebagai satu kewajipan untuk
membacanya setiap hari.
Ceramah
motivasi keibubapaan oleh ustaz Zikro kepada ibubapa dan pelajar berkaitan
dengan kecemerlangan anak untuk dunia dan akhirat
Setelah ceramah tamat penerangan
tentang psikometrik oleh cikgu Ahmad Zuliadi Bin Mustafa kepada ibu bapa dan
pelajar. Beliau menerangkan dengan jelas perkara-perkara yang berkaitan dengan
perlaksanaan psikometrik untuk tahun 6 seperti
kaedah perlaksanaan ujian, 9 konstruk yang perlu diketahui oleh pelajar, prosedur pentaksiran dan sebagainya.
Cikgu Zuliadi dari bimbingan dan kaunseling memberi taklimat ringkas kepada ibubapa dan pelajar tahun 6 berkenaan dengan psikometrik |
Diakhir program diadakan
penyampaian cenderamata oleh guru besar kepada penceramah jemputan dan majlis berakhir
lebih kurang pukul 4.30 petang.
Guru
besar en.Rohaizan menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan iaitu
ustaz Zikro selepas menyampaikan ceramah beliau.
|
Jutaan terima
kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua guru, pelajar dan ibubapa tahun 6 serta guru bimbingan dan kaunseling di
atas segala usaha yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan program ceramah
keibubapaan dan taklimat psikometrik.
x
Monday, 4 March 2019
MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019
4 MAC 2019 (ISNIN): Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementeriaan Pendidikan Malaysia memandang serius terhadap ancaman dadah, rokok, inhalan, alkohol, dan HIV/AIDS. Bagi mengingatkan pihak sekolah tentang kepentingan melaksanakan program/aktiviti pendidikan pencegahan dadah maka diadakan program/aktiviti seperti ini. Tema sambutan pada tahun ini ialah "KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA".
Maka pada hari ini di bawah Unit PendidikanPencegahan Dadah (PPDa), pihak sekolah telah berjaya melancarkan sambutan hari antidadah peringkat sekolah di tapak perhimpunan yang disertai oleh guru dan pelajar. Aktiviti pada pagi ini adalah seperti membaca perutusan hari antidadah dan perasmian yang disampaikan oleh guru besar Rohaizan Bin Mohamed Hanif, nyanyian lagu Dadah Durjana oleh semua pelajar dan guru serta diakhiri dengan nyanyian lagu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) oleh pengawas PRS. Dimana mereka akan membantu pihat Unit PPDa sekolah untuk menjayakan program yang dirancang.
Cikgu Zuliadi, guru PPDa sebagai pengacara majlis menyampaikan sedikit ucapan alu-aluan yang berkaitan dengan program hari antidadah pada hari ini.
Guru Besar encik Rohaizan Bin Mohamed Hanif merasmikan majlis sambutan hari antidadah peringkat sekolah yang turut diiringi oleh Puan Noni Hanizar Bt Zainal Penolong Kanan Hem dan Puan Hajah Siti Zaharah Bt Mokhtar Guru Penolong kanan Pentadbiran
Subscribe to:
Posts (Atom)