19/1/2019: Perjumpaan PRS kali pertama sesi tahun 2019 diadakan di open class pada jam 8.30pagi yang dikendalikan oleh guru penasihat iaitu cikgu Norbi dan cikgu Zuliadi dari unit bimbingan dan kaunseling SKPTLDM.
Perjumpaan ini bertujuan membincangkan beberapa perkara seperti perlantikkan jawatankuasa PRS, peranan PRS disekolah dan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2019.
Dengan falsafah PRS "Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain" diharap ahli PRS dapat mempraktikkan di dalam menjalankan tugas harian di sekolah dan dapat membentuk keperibadiaan dan sahsiah yang terbaik di sekolah sebagai role model kepada pelajar-pelajar lain.
Selain itu tugas utama PRS adalah membantu unit bimbingan dan kaunseling dalam melaksanakan setiap program dan aktiviti yang dijalankan.
Seterusnya nanti PRS akan menerima watikah perlantikkan dan beberapa kursus yang akan diberikan untuk memastikan mereka tahu dan faham tentang tugas serta peranan mereka di sekolah.
TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG DILANTIK PRS TAHUN 2019. TERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA YANG MENGIZINKAN ANAK JAGAAN MENJADI AHLI PRS. TERLEBIH DAHULU PIHAK KAMI MEMOHON KEMAAFAN JIKA ADA SEBARANG KEKURANGAN SEPANJANG MENGENDALIKAN PRS TAHUN INI. SEGALA CADANGAN PIHAK PENJAGA BOLEH AJUKAN DI WHATSAPP PRS. PIHAK KAMI SANGAT MENGALU-ALUKAN CADANGAN ANDA.
No comments:
Post a Comment