MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Tuesday, 3 July 2018

PELANCARAN MINGGU PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT SEKOLAH

2 JULAI 2018(ISNIN): Para pelajar merupakan pemimpin negara pada masa hadapan. Rosaknya sesebuah negara pada masa depan bergantung kepada nilai-nilai dan sikap generasi masa kini. 


Pada hari ini  Unit pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM 1 dengan kerjasama guru Im Free telah melancarkan minggu pendidikan pencegahan dadah dan I'M Free peringkat sekolah yang telah disempurnakan oleh Penolong Kanan 1 Hajah Siti Zaharah Bin Mokhtar sesi pagi dan Puan NorFaazila Bt Hamzah untuk sesi petang.



Para pelajar memerlukan pengentahuan yang tepat dan berkesan  untuk memastikan  langkah-langkah awal yang perlu diambil bagi mengelakkan terjebak kepada najis dadah sepanjang menuju ke alam remaja yang penuh cabaran.
Minggu anti dadah yang dilaksanakan akan memberi impak yang besar kepada pelajar kerana pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat awal adalah penting dalam meningkatkan standard dan kualiti pendidikan melalui aktiviti yang dijalankan seperti ceramah, pameran dan pertandingan

Antara aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang minggu pendidikan pencegahan dadah dan I m Free.
Aktiviti
1.     Ceramah / Pameran/Persembahan Pelajar
2.      Pertandingan (Poster, mewarna, koir dan sebagainya)
3.     Bimbingan Kelas
4.     Hebahan Maklumat  Disudut PPDa/ Tayangan Video / 5 Minit dadah / Kemaskini Sudut PPDa


Dengan sambutan minggu PPDa yang akan diadakan semua warga sekolah memperolehi manfaat menerusi aktiviti yang disediakan. Mereka memperolehi maklumat yang  berguna dan bermanfaat. Secara tidak langsung mereka tidak melibatkan diri dalam segala tindakan yang akan menjerumus ke gejala penagihan dadah. Usaha yang berterusan ini akan dapat  melahirkan generasi  yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.

No comments: