Pada hari ini Unit pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM 1 dengan kerjasama guru Im Free telah melancarkan minggu pendidikan pencegahan dadah dan I'M Free peringkat sekolah yang telah disempurnakan oleh Penolong Kanan 1 Hajah Siti Zaharah Bin Mokhtar sesi pagi dan Puan NorFaazila Bt Hamzah untuk sesi petang.
Para pelajar memerlukan
pengentahuan yang tepat dan berkesan
untuk memastikan langkah-langkah
awal yang perlu diambil bagi mengelakkan terjebak kepada najis dadah sepanjang
menuju ke alam remaja yang penuh cabaran.
Minggu anti dadah yang dilaksanakan akan memberi impak yang besar kepada
pelajar kerana pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat awal adalah penting
dalam meningkatkan standard dan kualiti pendidikan melalui aktiviti yang
dijalankan seperti ceramah, pameran dan pertandingan
Antara aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang minggu pendidikan pencegahan dadah dan I m Free.
Aktiviti
|
1.
Ceramah /
Pameran/Persembahan Pelajar
|
2.
Pertandingan (Poster, mewarna, koir dan
sebagainya)
|
3.
Bimbingan
Kelas
|
4.
Hebahan
Maklumat Disudut PPDa/ Tayangan Video
/ 5 Minit dadah / Kemaskini Sudut PPDa
|
Dengan
sambutan minggu PPDa yang akan diadakan semua warga sekolah memperolehi manfaat
menerusi aktiviti yang disediakan. Mereka memperolehi maklumat yang berguna dan bermanfaat. Secara tidak langsung
mereka tidak melibatkan diri dalam segala tindakan yang akan menjerumus ke
gejala penagihan dadah. Usaha yang berterusan ini akan dapat melahirkan generasi yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.