MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Thursday, 29 March 2018

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT KRAFTANGAN NEGARA

Pada 28 Mac 2018 seramai 37 orang murid tahun 5 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Kraftangan Negara di Kuala Lumpur. Turut bersama ialah 4 orang guru pengiring dan matan penolong kanan 1 puan Khatijah Bt Ali.



Rombongan lawatan bertolak dari sekolah pada jam 7.00 pagi dengan menaiki bas Arwana yang disewa khas oleh pihak sekolah. Pada jam 10.30 pagi rombongan telah selamat tiba di Kuala Lumpur dimana tempat lawatan yang pertama ialah sekitar Tugu Negara. Selepas itu, rombongan terus pergi melawat ke Pusat Kraftangan Negara sebelum makan tengah hari.

Sepanjang lawatan disekitar Pusat Kraftangan Negara banyak pengalaman baru yang diperolehi oleh pelajar untuk diaplikasikan di dalam pembelajaran mereka di sekolah seperti bahan dan cara membuat bahan kraftangan daripada rotan, kayu, tembaga, kain dan sebagainya. Selain itu juga pelajar turut mengambil kesempatan melakukan aktiviti tradisional seperti permainan, cara menangkap ikan, melastik burung dan sebagainya.


Sebelum bertolak pulang pelajar turut membeli cenderamata untuk di bawa pulang sebagai tanda kenang kenangan. Pada jam 5.00petang rombongan bertolak pulang ke sekolah dan selamat tiba pada jam 9.30 malam. 

Kami dari pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar dan ibubapa kerana membenarkan anak masing-masing menyertai dan menjayakan program lawatan ini dan segala kelemahan dan kekurangan kami memohon berbanyak kemaafan.

No comments: