29/6/2013: Program motivasi yang melibatkat
pelajar tahun 5 Harmoni dan 4 Harmoni telah sempurna diadakan pada 28 Jun 2013
di SKPTLDM yang bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 11.00 malam. Program ini adalah usaha berterusan pihak sekolah untuk pembangunan sahsiah pelajar dengan kerjasama antara Unit Bimbingan Dan kaunseling bersama Panitia Pendidikan Islam dan PIBG
CIKGU NORBI MENERANGKAN TENTANG PERJALANAN PROGRAM KEPADA PESERTA
Program ini adalah bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar bahawa sikap memainkan peranan penting untuk mencapai sesebuah kejayaan, mewujudkan kerjasama dan meningkatkan lagi hubungan yang erat antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam pembentukan sahsiah pelajar dan melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang kuat dan mentranformasikan pembangunan pelajar ke arah melahirkan generasi yang mempunyai ketulusan, keseimbangan dan kesepaduan sahsiah dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani menerusi nilai-nilai islam seperti bacaan yasin, solat hajat, LDK dan ceramah motivasi.
CIKGU NORFAAZILA MENGENDALIKAN AKTIVITI 1 YANG TURUT DIBANTU OLEH AJK YANG TERLIBAT BERSAMANYA
Memandangkan pelajar merupakan aset penting kepada kegemilangan dan kecemerlangan sekolah. Namun ianya perlu seiring dengan pembangunan dan perkembangan sahsiah pelajar. Disamping itu apa yang lebih diutamakan ialah menerapkan nilai-nilai agama yang lengkap yang meliputi seluruh aspek dunia ataupun di akhirat. Seterusnya ia dapat mencegah masalah gejala disiplin di kalangan pelajar.
CIKGU RAZANA MEMERHATIKAN PELAJAR MEMBUAT AKTIVITI YANG DIARAHKAN
KERJASAMA PESERTA DALAM KUMPULAN DALAM MENYIAPKAN TUGASAN YANG DIBERIKAN OLEH GURU
Kehadiran peserta yang terlibat sangat baik, namun dari segi kehadiran ibu bapa/penjaga kurang memuaskan berbanding pada program yang melibatkan tahun 4Bestari dan 5 Bestari yang telah diadakan sebelum ini. Peserta yang terlibat diharapkan akan memperolehi manfaat dalam program yang telah diadakan ini dan lebih bermotivasi dan cenderung untuk membentuk diri lebih positif dan belajar dengan lebih produktif. Usaha ini seterusnya dapat melahirkan pelajar yang sentiasa cemerlang dari segi sahsiah dan intelek.
USTAZAH NORHUDA SEDANG MENGENDALIKAN AKTIVITI MOTIVASI YANG TURUT DIBANTU BEBERAPA ORANG AJK YANG TERLIBAT
PESERTA MENIKMATI MAKAN MALAM YANG TELAH DISEDIAKAN
USTAZ FAISAL MENGENTUAI MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT DAN CERAMAH MOTIVASI
PARA PESERTA SEDANG MENIKMATI MAKAN MALAM YANG TELAH DISEDIAKAN
SEBAHAGIAN IBU BAPA YANG HADIR BERSAMA UNTUK MENGKUTI MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT DAN CERAMAH MOTIVASI YANG DIKETUAI OLEH USTAZ FAISAL DARI SK LUMUT
ENCIK ZULMAN NYDP PIBG MENERANGKAN SERBA SEDIKIT TENTANG PROGRAM YANG DIADAKAN KEPADA PELAJAR DAN IBU BAPA YANG HADIR
USTAZ FAISAL MENUNJUKKAN CONTOH BAGAIMANA HATI MANUSIA APABILA DIKOTORI DENGAN PERBUATAN-PERBUATAN YANG BURUK.
IBUBAPA ADALAH ORANG YANG PENTING DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH ANAK-ANAK
PN.ZAHARAH (PK HEM) MENYAMPAIKAN SEDIKIT SUMBANGAN KEPADA PENCERAMAH JEMPUTAN USTAZ FAISAL
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat yang telah menjalankan tugas mereka dengan baik terutamanya AJK Panitia Pendidikan Islam yang diketuai oleh ustazah Norhuda, guru matapelajaran kedua-dua kelas , pihak pentadbir, pelajar dan ibubapa yang hadir. Semoga ALLAH membalas pengorbanan kalian dengan keberkatan. Apa yang penting kita bersama-sama membentuk sikap pelajar kearah yang diredhai oleh ALLAH S.W.T tanpa mengharapkan sesuatu ganjaran di dunia. Perlu diketahui bahawa untuk membentuk sikap bukan sekali dua ingatan kepada pelajar tapi ia memerlukan masa,. Sekurang-kurangnya usaha sudah dilakukan, sedangkan nabi Muhammad sendiri pun bertahun-tahun berdakwah untuk mengubah sikap dan kepercayaan orang kafir
No comments:
Post a Comment