MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Thursday, 23 May 2013

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 4 BESTARI DAN 5 BESTARI


24/5/2013 (Jumaat): Pelajar merupakan aset penting kepada kegemilangan dan kecemerlangan sekolah. Namun ianya perlu seiring dengan pembangunan  dan perkembangan sahsiah pelajar. Disamping itu apa yang lebih diutamakan ialah menerapkan nilai-nilai agama yang lengkap yang  meliputi seluruh aspek dunia ataupun di akhirat. Di dalam islam panduan yang sempurna dan lengkap telah diterangkan tanpa  cacat cela bagi manusia untuk menjalani kehidupan seharian.

Pembangunan Sahsiah Pelajar merupakan satu elemen yang penting dalam pencegahan masalah gejala disiplin di kalangan pelajar  yang meliputi semua aspek iaitu  aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek yang berpandukan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Sehubungan dengan itu, program motivasi yang melibatkan pelajar tahun 4B dan 5B memfokuskan pembentukan sikap dan pembangunan potensi diri bagi mengurangkan masalah disiplin di sekolah dengan menerapkan nilai-nilai islam dalam perlaksanaannya.


OBJEKTIF
o   Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa sikap memainkan peranan penting untuk mencapai sesebuah kejayaan.

o   Mewujudkan kerjasama dan meningkatkan lagi hubungan yang erat antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam pembentukan sahsiah pelajar.

o   Melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang kuat dan mentranformasikan  pembangunan pelajar  ke arah melahirkan generasi  yang mempunyai ketulusan, keseimbangan dan kesepaduan sahsiah dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani menerusi nilai-nilai islam.


Sesi 1: Penceramah jemputan dari SK Panchor cikgu Normazlan Md Raja

Sesi Kerohanian: Pelajar solat berjemaah disurau sekolah yang diimani oleh ustaz Ahmad Syaibani

Sesi Petang: Pelajar menjalankan aktiviti permainan yang dikendalikan oleh cikgu Zuliadi

Para peserta disediakan makan tengah hari dan petang semasa program motivasi diadakan


Sesi Malam: Kehadiran ibubapa sangat baik untuk menjayakan aktiviti solat hajat, bacaan yasin dan ceramah motivasi

Ibubapa sedang mendengar ceramah pembangunan sahsiah yang disampaikan oleh ustaz Ismail Shaari dari SMK Layang-Layang Kiri

Sebahagian para ibu yang hadir

Ustaz Ismail sedang menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar dan ibubapa yang berkaitan dengan sahsiah



Peserta  yang terlibat diharapkan akan memperolehi manfaat dalam program yang akan diadakan ini. Mereka diharapkan lebih bermotivasi dan cenderung untuk membentuk diri lebih positif dan  belajar dengan  lebih produktif. Usaha ini seterusnya dapat  melahirkan  pelajar  yang sentiasa cemerlang dari segi sahsiah dan intelek. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat iaitu pentadbir sekolah, guru-guru, pelajar, ibubapa dan P.I.B.G yang telah menjayakan program motivasi kali ini.

No comments: