MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Saturday, 9 March 2013

TENTANG BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Dalam usaha ke arah mencapai status negara maju, pelbagai masalah sosial dialami. Para pelajar terdedah kepada berbagai-bagai pengaruh seperti media massa, internet, kumpulan liar dan sebagainya. Dalam senario seperti ini, khidmat bimbingan dan kaunseling diadakan untuk membantu pelajar menangani cabaran-cabaran baru dalam sesebuah negara yang pesat pembangunannya. Para pelajar di sesebuah sekolah berasal dari latar belakang yang berlainan. Mereka mempunyai kebolehan, minat dan bakat yang berbeza.

Selain itu, sahsiah mereka juga berlainan. Misal, ada pelajar yang bersifat ekstrovert iaitu gemar bercampur gaul dan ada pula yang sebaliknya. Ada pelajar yang mudah tersinggung dan ada pula yang boleh menerima kritikan. Sebahagian pelajar begitu berminat terhadap pelajaran manakala ada pula yang menganggap pelajran sebagai sesuatu yang begitu membosankan. Sesetengah pelajar berasal dari keluarga yang bahagia. Sebaliknya ada pelajar yang pulang ke rumah yang kosong atau ibu dan bapanya telah bercerai.

Memandangkan senario di atas, guru akan mengalami pelbagai masalah disiplin. Masalah ini mungkin terdiri daripada gangguan biasa di dalam kelas atau pelajar yang selalu ponteng. Dengan itu, bimbingan dan kaunseling diperlukan bagi membantu pelajar menikmati perkembangan yang menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.  

Kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan merupakan aktiviti memberi nasihat . Dalam proses menolong , seorang kaunselor (guru bimbingan dan kaunseling) akan membina satu perhubungan  yang profesional dengan klien (pelajar) dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangannya , kebolehan , kemampuan dan keupayaannya . Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi hidupnya. Dengan kesedaran ini klien dapat memahami realiti hidupnya lalu boleh membuat rancangan untuk masa depannya.


Pelaksanaan Khidmat Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

1. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan yang meliputi semua aspek perkembangan murid-murid. Ini dapat dilakukan dengan menyediakan peluang kemudahan dan pengalaman yang sejajar dengan kemampuan dan potensi murid.

2. Menyediakan khidmat pencegahan seperti menghindarkan murid-murid daripada terlibat dalam masalah disiplin, tingkah laku yang tidak bersopan, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling krisis.

4. Menyediakan perkhidmatan pemulihan seperti membantu murid-murid mengatasi masalah akademik, sosioemosi dan kerjaya.

Selain dari itu, turut dilaksanakan:

1. Membantu murid-murid membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi dan akademik dengan keadaan di sekolah, peraturan-peraturan dan tatatertib.

2. Mewujudkan peluang untuk setiap murid mengembangkan daya kebolehan dirinya mengikut kesanggupannya.

3. Mengenal pasti kesulitan-kesulitan yang mengganggu pencapaian akademik murid-murid dan mengadakan langkah-langkah untuk mengatasinya seperti merujuk kepada guru-guru yang berkenaan.

4. Membantu murid-murid yang kurang bernasib baik untuk mengembangkan kebolehannya ke tahap yang maksimum supaya memperoleh pencapaian yang lebih baik.

5. Membentuk sifat-sifat sosial yang positif seperti bertanggungjawab, bersemangat, rajin, berdaya cipta, berdikari dan berkepimpinan.

6. Membantu murid-murid memahami kebolehan, bakat, minat serta kelemahan-kelemahan diri. Permahaman ini penting untuk memilih mata pelajaran dan jurusan serta perancangan kerjaya.

7. Menolong murid-murid membina tabiat kerja yang baik. Ini akan membolehkan mereka menyiapkan kerja sekolah dengan teratur serta menepati masa.

8. Menolong murid-murid mengembangkan secara seimbang aspek-aspek jasmini, emosi, rohani dan intelek.

9. Membentuk murid-murid yang stabil emosinya serta sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan bahagia.

10. Membentuk murid-murid yang berkebolehan berfikir secara rasional dan mengelak krisis daripada berlaku.

11. Menolong murid-murid memahami sesuatu masalah dari suatu sudut yang luas.

12. Menolong murid-murid memperoleh kemahiran-kemahiran tertentu untuk menyelesaikan masalahnya.

13. Menolong murid-murid membuat keputusan yang bijaksana dalam pelbagai situasi hidupnya.
14. Menolong murid-murid memperoleh kemahiran berkomunikasi supaya prekembangan aspek sosioemosi dapat ditingkatkan lagi.
15. Menolong murid-murid menjalani program orientasi ketika bertukar dari sekolah rendah ke sekolah menegah. Program ini dapat mempercepatkan proses penyesuaian dengan situasi yang baru bagi murid berkenaan.
16. Menolong murid-murid mendapatkan pengetahuan dan maklumat kerjaya bagi memudahkan mereka membuat permohonan ke institusi-institusi pengajian yang berkenaan.
17. Mengadakan kem motivasi dari semasa ke semasa begi murid-murid dengan tujuan meningkatkan aras motivasi terhadap kerja.
18. Bekerjasama dengan ibu bapa tentang perkembangan anak-anak mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum. 





No comments: