MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Thursday, 28 March 2013

11 GOLONGAN AHLI NERAKA SATU GOLONGAN AHLI SYURGA




Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

“iaitu… hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya,
“Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?” Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

“Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

 1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka sukamenyakiti hati jirantetangga.

 2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang sukamelengah-lengahkan solatlima waktu.

 3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yangenggan mengeluarkan zakat.

 4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yangberdusta.

 5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalamjual beliataspenipuan.

 6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikanmaksiatatau perbuatan jahat.

 7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut.Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

 8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yangberzinaserta mati sebelum bertaubat.

 9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yangmemakan harta anak yatimsecara zalim.

 10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

 11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan merekaminumminuman keras.


Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

 1.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yangberamal salihdan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.


Semoga kita bukanlah tergolong dalam 11 golongan ini,sama-sama kita kearah golongan yang mana berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat.


Wednesday, 27 March 2013

TEMPAT BERKELAH DI JELI, KELANTAN

Antara tempat  berkelah di daerah Jeli Kelantan ialah Lata Janggut. Sesuai untuk aktiviti bersama keluarga dan kawan-kawan  di hujung minggu dan cuti sekolah. Kedudukannya terletak di Kampung Sungai Long lebih kurang 15 minit dari bandar jeli  dan 10 minit dari lebuhraya timur barat Jeli-Grik menjadi tumpuan bagi yang mencintai alam sekitar dan aktiviti perkhemahan serta perkelahan. 



Air sungai  mengalir sangat mendamaikan seolah-olah menyambut  kehadiran para pengunjung.

Keindahan persekitaran anugerah Illahi kawasan lata menenangkan mata yang memandang

Aktiviti berkelah bersama keluarga dan kawan-kawan sangat sesuai diadakan dihamparan batu yang berada disepanjang tebing sungai/lata


Air terjun yang tidak terlalu tinggi dan keadaan air tidak membahayakan bagi yang suka mandi manda

Keseronokkan terselah bila mandi disini dengan airnya yang begitu jernih dan sejuk

Deruan air terjun mendamaikan jiwa...:-)

Flora yang masih dijaga menghiasai persekitaran tempat berkelah

Wednesday, 20 March 2013

Seminar Pengurusan Guru Bimbingan Dan Kaunseling PPD Manjung


20/3/2013: Seminar telah diadakan di Dewan Bestari PPD Manjung pada jam 2.30 petang hingga 5.00 petang  telah disampaikan oleh En.Zubairi (Unit HEM) dan juga En.Abadi ( Unit PPDa)  PPD Manjung telah menekankan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian iaitu:

1. Perlaksanaan program guru penyayang disekolah dimana perlaksanaannya akan dipantau oleh PPD bermula pada bulan januari lagi yang melibatkan semua sekolah.

2. Perlaksanaan program dan pengurusan fail mentor-mentee.
-pengurusan fail

3. Pemantauan bilik bimbingan dan kaunseling bermula bulan april sehingga oktober.

4. Perlaksanaan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
- pengurusan fail-pekeliling
-carta organisasi
-perancangan tahunan aktiviti
-program 5 minit dadah
-perlaksanaan hari anti dadah
-laporan kes dadah dikalangan pelajar
-penyediaan sudut/bilik/lorong PPDa

Bagi memastikan program dan aktiviti di atas berjalan lancar diharap semua warga sekolah teruskan memberi kerjasama dan mempertingkatkan lagi  usaha penambahbaikkan.

UB&K mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga SKPTLDM yang telah memberi kerjasama dan segala kelemahan dan kekurangan bersama kita memperbaikinya.

Monday, 18 March 2013

Pesan Imam Al-Ghazali Tentang Kawan Yang Perlu Anda Ambil Tahu!


Pesan Imam Al-Ghazali Tentang Kawan | Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”

Riwayat Al-Tabrani

Huraian:
  • Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
  • Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
  • Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? 

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
  3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  5. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Friday, 15 March 2013

Buli Satu Amalan Yang Buruk




Buli ialah satu  perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Secara umumnya, buli turut di definisikan sebagi perbuatan negatif(buruk) oleh seseorang yang lebih kuat kepada mereka yang lemah. Perbuatan ini dilakukan secara berulang kali keatas mangsa dengan tujuan mendatangkan perasaan tidak selesa,aman,tenteram dan harmoni .

Jenis-jenis Buli
• 2 bentuk yang utama iaitu:
a) Buli fizikal
- pukul-memukul, memeras ugut, menampar,
menendang, menarik rambut, menolak,
mencubit atau sepak terajang hingga
menyebabkan kecederaan dan kematian.
b) Buli mental
- lebih kepada ejek-mengejek




KESAN-KESAN BULI
• Secara emosi
,mangsa seringkali
 berasa takut dan
 bimbang ketika
 berada di sekolah
.jadi,ini akan 
 menyukarkan mereka untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran. 

Disebabkan ketakuatan , mangsa  takut untuk ke sekolah dan akan mengakibatkan mereka keciciran.

Mereka turut bertindak membunuh diri supaya dapat menghentikan kesengsaraan yang dialami oleh mereka. • Secara sosial,mereka sering dipinggirkan oleh rakan-rakan sebaya mereka. hal ini kerana,mereka berasa  rendah diri dan kurang berkeyakinan pada diri sendiri untuk berkawan dengan orang lain dan bersosial. • Perbuatan buli memberi kesan kepada Negara. Kerancakan pembangunan Negara akan terbantut dan ekonomi sukar berkembang akibat masalah yang berlaku. Banyak wang akan dikeluarkan oleh kerajaan  melalui kempen pembentukan sasiah pelajar.Modal yang diperuntukkan terlalu besar. Negara akan menjadi mundur.

Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.

Laporkan Kepada Guru Dengan Segera Jika Anda Dibuli





Saturday, 9 March 2013

TENTANG BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Dalam usaha ke arah mencapai status negara maju, pelbagai masalah sosial dialami. Para pelajar terdedah kepada berbagai-bagai pengaruh seperti media massa, internet, kumpulan liar dan sebagainya. Dalam senario seperti ini, khidmat bimbingan dan kaunseling diadakan untuk membantu pelajar menangani cabaran-cabaran baru dalam sesebuah negara yang pesat pembangunannya. Para pelajar di sesebuah sekolah berasal dari latar belakang yang berlainan. Mereka mempunyai kebolehan, minat dan bakat yang berbeza.

Selain itu, sahsiah mereka juga berlainan. Misal, ada pelajar yang bersifat ekstrovert iaitu gemar bercampur gaul dan ada pula yang sebaliknya. Ada pelajar yang mudah tersinggung dan ada pula yang boleh menerima kritikan. Sebahagian pelajar begitu berminat terhadap pelajaran manakala ada pula yang menganggap pelajran sebagai sesuatu yang begitu membosankan. Sesetengah pelajar berasal dari keluarga yang bahagia. Sebaliknya ada pelajar yang pulang ke rumah yang kosong atau ibu dan bapanya telah bercerai.

Memandangkan senario di atas, guru akan mengalami pelbagai masalah disiplin. Masalah ini mungkin terdiri daripada gangguan biasa di dalam kelas atau pelajar yang selalu ponteng. Dengan itu, bimbingan dan kaunseling diperlukan bagi membantu pelajar menikmati perkembangan yang menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.  

Kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan merupakan aktiviti memberi nasihat . Dalam proses menolong , seorang kaunselor (guru bimbingan dan kaunseling) akan membina satu perhubungan  yang profesional dengan klien (pelajar) dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangannya , kebolehan , kemampuan dan keupayaannya . Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi hidupnya. Dengan kesedaran ini klien dapat memahami realiti hidupnya lalu boleh membuat rancangan untuk masa depannya.


Pelaksanaan Khidmat Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

1. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan yang meliputi semua aspek perkembangan murid-murid. Ini dapat dilakukan dengan menyediakan peluang kemudahan dan pengalaman yang sejajar dengan kemampuan dan potensi murid.

2. Menyediakan khidmat pencegahan seperti menghindarkan murid-murid daripada terlibat dalam masalah disiplin, tingkah laku yang tidak bersopan, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling krisis.

4. Menyediakan perkhidmatan pemulihan seperti membantu murid-murid mengatasi masalah akademik, sosioemosi dan kerjaya.

Selain dari itu, turut dilaksanakan:

1. Membantu murid-murid membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi dan akademik dengan keadaan di sekolah, peraturan-peraturan dan tatatertib.

2. Mewujudkan peluang untuk setiap murid mengembangkan daya kebolehan dirinya mengikut kesanggupannya.

3. Mengenal pasti kesulitan-kesulitan yang mengganggu pencapaian akademik murid-murid dan mengadakan langkah-langkah untuk mengatasinya seperti merujuk kepada guru-guru yang berkenaan.

4. Membantu murid-murid yang kurang bernasib baik untuk mengembangkan kebolehannya ke tahap yang maksimum supaya memperoleh pencapaian yang lebih baik.

5. Membentuk sifat-sifat sosial yang positif seperti bertanggungjawab, bersemangat, rajin, berdaya cipta, berdikari dan berkepimpinan.

6. Membantu murid-murid memahami kebolehan, bakat, minat serta kelemahan-kelemahan diri. Permahaman ini penting untuk memilih mata pelajaran dan jurusan serta perancangan kerjaya.

7. Menolong murid-murid membina tabiat kerja yang baik. Ini akan membolehkan mereka menyiapkan kerja sekolah dengan teratur serta menepati masa.

8. Menolong murid-murid mengembangkan secara seimbang aspek-aspek jasmini, emosi, rohani dan intelek.

9. Membentuk murid-murid yang stabil emosinya serta sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan bahagia.

10. Membentuk murid-murid yang berkebolehan berfikir secara rasional dan mengelak krisis daripada berlaku.

11. Menolong murid-murid memahami sesuatu masalah dari suatu sudut yang luas.

12. Menolong murid-murid memperoleh kemahiran-kemahiran tertentu untuk menyelesaikan masalahnya.

13. Menolong murid-murid membuat keputusan yang bijaksana dalam pelbagai situasi hidupnya.
14. Menolong murid-murid memperoleh kemahiran berkomunikasi supaya prekembangan aspek sosioemosi dapat ditingkatkan lagi.
15. Menolong murid-murid menjalani program orientasi ketika bertukar dari sekolah rendah ke sekolah menegah. Program ini dapat mempercepatkan proses penyesuaian dengan situasi yang baru bagi murid berkenaan.
16. Menolong murid-murid mendapatkan pengetahuan dan maklumat kerjaya bagi memudahkan mereka membuat permohonan ke institusi-institusi pengajian yang berkenaan.
17. Mengadakan kem motivasi dari semasa ke semasa begi murid-murid dengan tujuan meningkatkan aras motivasi terhadap kerja.
18. Bekerjasama dengan ibu bapa tentang perkembangan anak-anak mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum. 





Tuesday, 5 March 2013

Perlawanan Bola Sepak Peringkat MSSD Manjung

Perlawanan ini diadakan di SK Seri Samudara yang melibatkan kumpulan A,B,C dan D. SKPTLDM dalam kumpulan D bersama-sama dengan SK Seri Manjung, SK St Francis dan SKJT Padang Sungai Wangi. Perlawanan diadakan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang. Setiap pasukan akan bermain mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dimana pada peringkat kumpulan masa yang diperuntukkan ialah 30 minit. Dua pasukan yang akan terpilih untuk ke pusingan kedua pada hari berikutnya.

1. PERLAWANAN PERTAMA SKPTLDM MELAWAN SK SERI MANJUNG. SK SERI MANJUNG MENANG 2-0

2. PERLAWANAN KEDUA SKPTLDM MELAWAN SK ST FRANCIS. SKPTLDM  MENANG 1-0

ANTARA AKSI PERLAWANAN YANG MELIBATKAN SKPTLDM




PERLAWANAN PERTAMA SKPTLDM vs SKP SERI MANJUNG
PERLAWANAN KEDUA SKPTLDM vs SK ST FRANCIS

Sepakan Penalti penentuan ke peringkat Akhir perlawanan bola sepak MSSD Manjung 2013: SKPTLDM vs SK ACS SITIAWAN PERAK LAIN-LAIN VIDEO UB&K SILA KLIK DI SINI