28/12/2012 (Jumaat): Kesibukkan tugas harian tidak menghalang ibubapa datang ke sekolah untuk menjelaskan bayaran yang ditetapkan sebagai persediaan awal persekolah tahun 2013 untuk anak-anak. Di awal persekolah ibubapa terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk menyediakan keperluan pembelajaran untuk anak-anak mereka seperti pembeliaan buku latihan, buku tulis, pakaian dan sebagainya.
Sebagai anak, kita perlulah menghargai pengorbanan kedua ibubapa dengan memastikan kita terus belajar bersungguh dan memenuhi harapan mereka supaya tidak menyesal kemudian hari. Sentiasalah muhasabah diri dan renungkan wajah kedua ibubapa agar kita mengenal erti pengorbanan mereka.
Cikgu Juridah dan Cikgu Maziah sedang menerangkan jumlah bayaran yang dikenakan kepada ibu pelajar
Cikgu Linda sedang melayan bapa pelajar
Ustazah Haslina khusyuk dan teliti mengira duit hasil bayaran oleh ibu bapa..:-)
Bilik BOSS yang begitu "meriah" dan sibuk diawal persekolah..:-)
No comments:
Post a Comment