MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Tuesday, 17 July 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SKPTLDM

17/07/2012 (SELASA): program lawatan sambil belajar telah berjaya diadakan mengikut perancangan yang telah dibuat. Peserta bertolak dari sekolah pada jam 7.30 pagi dengan menaiki bas Arwana di depan pintu pagar 2 sekolah. Peserta lawatan yang terdiri daripada 40 orang pelajar pusat sumber, PRS dan pengawas beserta 3 orang guru pengiring dan 2 orang pekerja am sekolah.

Tempat lawatan yang pertama ialah dewan Caunselor dan pusat sumber Universiti Teknologi Petronas. Kami tiba di sana lebih kurang jam 8.30 pagi dan disambut oleh saudara Taufik dan 3 orang rakannya pelajar semester 3 di perkarangan dewan causelor.

Sebelum meneruskan lawatan ke tempat-tempat yang lain disekitar UTP kami berkumpul di dalam dewan untuk mendengar penerangan ringkas daripada mereka sebagai pemandu arah. Seterusnya peserta mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh Kaunselor UTP Tuan Haji Abdul Jalil lebih kurang 40 minit. Selesai motivasi kami dijemput untuk sarapan pagi di dewan makan bersama-sama dengan mereka berempat.

Selepas 20 minit, kami dibawa melawat ke Pusat Sumber UTP yang mempunyai rekabentuk yang moden dan canggih serta diberi penerangan tentang maklumat berkaitan PSS UTP.

Lebih Kurang 1 jam mengadakan lawatan di sekitar UTP kami terus bertolak ke Ipoh untuk melawat muzium.

Perjalanan kami dari UTP ke Muzium lebih kurang 30 minit dan seterusnya melawat pameran-pameran dan artifak serta bahan-bahan sejarah sebagai informasi kepada peserta tentang sejarah negeri Perak.

Lawatan di muzium mengammbil masa lebih kurang 40 minit dan seterusnya peserta di bawa ke gerai makan untuk makan tengahari yang terletak berhampiran Masjid Sultan Idris II. Selepas semua selesai makan tengah hari kami terus ke masjid untuk menunaikan solat zohor.

Pada Jam 2.00 petang kami bertolak ke Jabatan Penyiaran Dan Telekomunikasi Negeri Perak untuk melihat dan mendapat maklumat tentang bidang tugas kerjaya yang terdapat disitu serta teknologi penyiaran. Sepanjang mengadakan lawatan di Perak FM kami dibawa oleh beberapa kakitangan Perak FM yang diketuai oleh DJ Min untuk melihat bagaimana bidang tugas penyampai radio semasa di dalam konti.

Semasa lawatan tersebut kami telah berkesempatan bersama dengan selebriti iaitu pelakon Khatijah yang berkebetulan bersama dengan DJ Elly yang sedang "on air". dan seterusnya mereka telah menjemput salah seorang guru pengiring untuk ditemubual yang berkaitan dengan lawatan yang diadakan lebih kurang 5 minit.

Kami berada di Perak FM lebih kurang 1 jam dan seterusnya bertolak pulang pada jam 4.00 petang dan sampai di sekolah pada jam 6.00 petang.

Dengan lawatan yang diadakan ini peserta telah didedahkan pelbagai maklumat tentang kerjaya, teknologi komunikasi, perkhidmatan yang disediakan, prosedur dalam melakukan tugas dan lain-lain sebagai maklumat tambahan pembelajaran diluar bilik darjah.

Akhir kata kami mengucapkaan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama pihak sekolah yang telah mengizinkan kami mengadakan lawatan pada hari persekolahan. Tidak lupa kepada warga UTP dan RTM serta Muzium yang memberi layanan cukup baik dan istimewa semasa kami mengadakan lawatan.

No comments: