Bersesuaian dengan Program Guru Penyanyang, selain daripada program mentor mentee, guru menjemput pelajar di pintu pagar sekolah dan memberi ucapan penghargaan kepada pelajar ia turut melibatkan pameran hasil kejayaan dan potensi pelajar yang bersama-sama menaikkan nama baik sekolah. Sebagai penghargaan, setiap aktiviti yang melibatkan pelajar akan di pamerkan di sudut informasi sekolah..
Dengan adanya pameran seperti ini, sekurang-kurang ia memberi pennghargaan kepada pelajar yang bertukus lumus dalam mencapai matlamat dan misi serta visi SKPTLDM. Selain itu juga, para pelawat termasuk juga ibu bapa akan melihat sendiri pencapian anak-anak mereka dalam bidang kokurikulum dan akademik.
Seterusnya nanti pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik juga akan diambil gambar mereka samada secara disedari atau tidak. Ini sebagai contoh kepada pelajar-pelajar lain untuk lebih bersaing bagi membentuk akhlak yang terpuji.
No comments:
Post a Comment