MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday, 6 February 2012

MOTIVASI: "JANGAN SALAHKAN HUJAN KALAU TIDAK MEMBAWA PAYUNG"

"Tidak bawa payung, salahkan hujan’. Ini adalah ditujukan kepada pelajar yang suka menuding jari untuk menyalahkan orang lain di atas kesilapan dan kelemahan diri sendiri.



. -Anda terjatuh kerana terlanggar tunggul lalu anda memaki hamun tunggul tersebut kerana? berada di tengah jalan anda.

-Anda terlewat bangun pagi dan terlepas bas ke sekolah lalu anda salahkan pihak televisyen kerana menayangkan perlawanan bola sepak pada lewat malam.

-Anda dirotan kerana merokok di sekolah lalu anda menyalahkan pekedai runcit di tempat anda kerana menjual rokok tersebut kepada anda….

-Anda gagal dalam peperiksaan Matematik lalu anda mengamuk pada kawan anda kerana tidak membenarkan anda meniru beliau.

-Anda menconteng dinding-dinding atau tempat awam kerana anda rasa tidak ada orang mahu mendengar apa yang anda hendak katakan.

-Anda tidak mahu belajar subjek Sains dengan bersungguh-sungguh kerana anda rasa cikgu Sains anda suka pilih kasih.

-Anda kalah dalam perlawanan badminton lalu anda salahkan syarikat pembuat raket badminton anda kerana produk tidak berkualiti.

Anda tidak mungkin mempunyai ciri-ciri begitu bukan? Namun pernahkah anda ada rasa anda dapat markah yang tidak baik kerana guru anda membosankan, tidak pandai menarik perhatian dan tidak pandai menerangkan sesuatu dengan jelas? Pernahkah anda merungut atau terfikir, “guru aku ni tak pernah belajar teknik mengajar ke?” Akibat rungutan ini, anda mula tidak berminat apa yang guru anda ajarkan.

Cuba kita lihat situasi sebenar di sekolah....
-Anda pilih untuk duduk kerusi paling belakang kelas dan kemudian merungut suara guru terlalu perlahan.

-Anda tidak membaca bahan bacaan asas untuk belajar dan kemudian merungut guru mengajar terlalu laju.

-Anda lewat masuk ke kelas dan merungut apa yang diajarkan terlalu sukar difahami.

-Anda tidak pernah berjumpa guru untuk bertanya apa yang diharapkan dalam latihan yang diberi. Apabila mendapat keputusan yang tidak memuaskan, anda kata guru ini kedekut markah dan pilih kasih.

-Anda tidak membuat persiapan rapi untuk belajar lalu tidak faham semasa sesi pembelajaran.

Apa kata hari ini anda fikirkan sejenak semua rungutan dan keluhan yang pernah diluahkan atau terlintas di hati anda. Fikirkan juga jika ini adalah tanda bahawa anda akan gagal di sekolah

No comments: