Aku termenung mengenangkan nasibku yang malang. Sekarang aku sudah bergelar anak yatim.
“Kenapalah cepat sangat ibu tinggalkan aku?” rintihku sendirian.
Aku paksakan air mataku untuk tidak turun membasahi pipiku. Tetapi apakan daya kepedihan dan kesedihan membuatkan air mata ku tidak dapat dibendung lagi. Satu tepukkan pada bahuku membuatkan lamunanku terhenti seketika
.”Aira masih terkenangkan arwah ibu?”
Wajah ayah tersembul di hadapan ku membuatkan ku tersentak. Senyuman ayah yang manis membuatkan hati yang bergelora menjadi tenang.
“Tak ada lah. Aira cuma teringatkan pengorbanan ibu selama dia hidup.”
Aku berusaha untuk senyum walaupun terasa berat.
“Ibu kamu tak pernah ingin menyusahkan orang lain. Walaupun dia sakit, tapi senyuman pada wajah nya tidak pernah lekang. Ayah bangga padanya.”
Air mata ayah kelihatan turun ke pipinya. Cepat-cepat dia hapuskan air matanya.
“Sabarlah ayah, kita yang hidup mestilah sentiasa berdoa agar roh ibu di sana ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.”
Aku tersenyum di dalam hati aku berazam supaya berjaya dalam pelajaran agar aku dapat membela nasib ayah apabila dewasa kelak.
“Amin… Kalau macam tu ayah masuk dulu ya. Aira jangan termenung je. Setiap yang pergi tak akan kembali lagi.”
Aku hanya menyambut ayah dengan sekuntum senyuman. Aku terkenang wajah ibu. Wajah yang putih bersih, gebu dan sungguh menawan apabila di pandang. Nenekku kata ibu adalah kacukan arab dan mat saleh. Disebabkan itu, ramai yang meminati ibu semasa zaman persekolahan.
Tetapi setelah melahirkanku, ibu menderita sakit kanser. Nasib baik masih di peringkat awal. Jadi ibu masih boleh diubati. Namun takdir yang sentiasa menentukan ajal maut seorang hamba.
Ibu diserang sakit yang pernah mencalar dan mematahkan semangat ayah pada umurku 14 tahun. Ibu menderita kira-kira 2 tahun. Namun ibu tidak pernah menyesali sakitnya. Senyuman dan doa sentiasa mengiringi wajahnya yang pucat lesi. Aku sentiasa berada disamping ibunya. Aku tidak sanggup melepaskannya menderita sendirian.
“Aira sayang, dengarlah nasihat ibu ni. Jaga ayah. Dengar cakap ayah. Jangan sesekali derhaka dan meninggalkan ayah sendirian. Belajarlah rajin-rajin. Pelajaran itu kunci kehidupan kita di dunia. Jangan tinggalkan agama. Agama itu kunci kehidupan kita di akhirat pula. Ingat ya, nak.”
Kata-kata ibu itu masih terngiang-ngiang di telingaku. Aku tak boleh mengalah dengan menangis di sini. Aku mesti berjaya dan membalas jasa ibu serta ayah yang telah penat melahirkan dan menjagaku. Itu azam aku. Aku akan berjaya tanpa sesiapa dapat menghalangnya.
*****************************
[Ring...Ring...Ring...] Aku terjaga lalu menggosok mataku yang kesamaran dan terus mencapai jam locengku supaya segera dimatikan dari terus berbunyi. Jam itulah sahabat karib yang sering mengejutkan aku supaya bangun untuk mengabdikan diri kepada MAHA KUASA dari terus terlena dibuai mimpi indah yang membuatkan manusia terleka.
Jam itu juga pemberian dari insan yang paling istimewa bagiku supaya aku tidak melalaikan masa yang berharga seperti emas itu. Siapa lagi? Dialah si ibu yang telah kembali ke pangkuan SI PENCIPTA.
Aku bergegas bangun dari lena sepanjang malam lalu terus menuju ke bilik mandi. Setelah selesai, ku ambil telekung yang tergantung di dalam almari lalu menyarung ke tubuh serta terus hanyut bersama cinta YANG MAHA ESA. Itulah yang diajar oleh ibu sejak ku kecil supaya aku tidak pernah melupakan suatu zat yang telah menciptakan kita. Siapa lagi? Dialah ALLAH zat yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.
Selesai bersolat, ku bereskan apa yang patut di dalam rumah itu. Maklumlah aku sajalah yang tinggal untuk mengemas serta merapikan keadaan di rumah sebelum keluar berangkat ke sekolah. Tahun depan aku akan menghadapi peperiksaan terbesar iaitu SPM. Aku harus tunjukan kepada semua orang yang seorang anak yatim juga boleh berjaya.
“Ah, selesai pun.”
Keluh ku lalu membaringkan diri ke atas katil. Ku tatap jam di sebelahku.
“Ha! dah pukul 6:45 pagi. Kena siap cepat ni.”
Kepenatan ku tadi hilang begitu saja. Lalu bergegas aku bersiap untuk ke sekolah.
“Assalammualaikum, anak ayah. Dah siap? Mari makan.”
Ayah menyambutku dengan senyuman. Ku balas senyuman itu dengan senyuman yang lebih manis.
“Waalaikummusalam, ayah. Dah lama Aira siap cuma lambat sebab kemas rumah. Aira pergi sekolah dengan basikal saja ya.”
Aku menuang air ke dalam cawan lalu duduk di samping ayah tercinta.
“Terpulang pada Aira lah. Betul tak nak ayah hantar?”
Aku tersenym manis lalu menganggukan kepala.
“Kalau macam tu, ayah pergi dulu”
Ayah menghulurkan tangan lalu ku sambut serta ku cium tangan yang kasar itu. Ku perhatikan ayah berlalu hingga tidak kelihatan. ku kemas meja makan dan berkemas sedikit lalu bergegas ke sekolah. Takut terlambat untuk melakukan tugasanku sebagai pengawas di sekolah. Tanggungjawab dan amanah yang diberi mestilah di jalankan dengan baik. Begitu jugalah yang pernah diajar oleh ibu.
************************************
Aku terpegun melihat alam ciptaan ALLAH s.w.t. yang sungguh indah itu. Aku terfikir. Mengapa masih ramai manusia yang tidak mengaku ALLAH sebagai Tuhan mereka? Padahal sudah jelas kebesaran dan kekuasaan ALLAH yang tiada siapa boleh menirunya. Adakah patut kita sanggup menduakan ALLAH dengan menyembah selain-Nya? Itulah antara soalan yang masih berada di kepalaku.
“Hei,minah. mengelamun nampak. Teringatkan buah hati ke? Cakap je lah siapa pak we kau yang bertuah tu?”
Pantas tangan ku mencubit lengan Alia Nabila, rakan paling karib ku. Keakraban kami bermula sejak kami dibangku sekolah rendah lagi. Kami sudah seperti adik beradik. Tetapi lain lah mak dengan ayah nya. Jika sama, dah dikira kembar tak seiras. Aira berdarah kacukan arab dan mat saleh manakala, Alia berdarah jawa. Jadi wajah mereka memang berbeza. Tetapi bila berkawan jangan kerana rupa saja. Hati juga mestilah bertaraf 5 bintang.
“Aira, kau dengar tak ni? Jangan asyik termenung saja. Nanti cepat tumbuh uban.”
Alia memetik jarinya ke hadapan mata ku.
“Yelah aku dengar. Jangan panggil aku ‘minah’. Nama aku kan sedap. Aira Syakilah.”
Ku lihat Alia memuncungkan mulutnya.
“Suka ubah topiklah kau ni. Jawablah teringatkan siapa?”
Aku hanya tersenyum. Alia tahu aku tak pernah couple or ada boyfriend.
“Ha, dah sampai pun sekolah.”
Jari telunjuk ku halakan ke arah pintu gerbang sekolah. Kelihatan ramai pelajar berpusu-pusu melalui pintu gerbang sekolah. Segelintir pelajar mengucapkan salam kepadaku. Seorang pelajar tiba-tiba mendekatiku dengan senyuman
“Kak, tahniahlah terpilih.”
Kata-kata pelajar itu membuatkan dahiku berkerut.
“For what?”
Tanya ku dengan hairan sekali.
“Akak terpilih menjadi Penolong Ketua Pengawas sekolah. Saya tengok pada papan kenyataan tadi.”
Aku menarik tangan Alia untuk ke pejabat meninggalkan pelajar tersebut tanpa berkata sepatah perkataan pun.
“Wah, tahniahlah Aira. Aku tak sangka kau dilantik.”
Aku tersenyum dan hanya mampu menjawab
“Alhamdulillah.”
Kalimah itu saja yang keluar dari dua bibir ku. Rasa terkejut terus menghantui ku. Aku terus mengajak Alia ke kelas. Semasa dalam perjalanan, ucapan tahniah menghiasi jalan. Aku hanya sanggup tersenyum dan mengucap terima kasih sahaja.
“Eh,Aira tunggu. Can I speak to you?”
Tiba-tiba seseorang mengejutkan ku. Aku terus menoleh.
“Aku balik ke kelas dulu ya.”
Alia terus meninggalkan ku dengan degupan yang menyiksakan.
“Erm… Boleh.”
Aku memandang wajah nya. Aku rasa dia adalah pelajar kelas tingkatan 4B. Aku memang tidak bergaul dengan pelajar lelaki di sekolah.
“Awak ni Aira kan? Selamat berkenalan. Saya tahu awak tak kenal nama saya kan? Saya Hafiz.”
Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Aku hanya menganggukan kepala. Aku tidak mungkin akan bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim ku. Itulah yang ibu dan ustaz serta ustazah ajarkan padaku sejak di bangku sekolah rendah lagi.
“Hmm… Saya akan menjadi ketua pengawas awak tahun hadapan. Saya juga akan di tukarkan ke kelas 5A tahun hadapan disebabkan prestasi saya meningkat. Saya harap awak dapat membantu saya untuk lakukan tugas dengan baik.”
Aku mengangguk lalu meminta izin untuk balik ke kelas. Aku berlalu dari situ setelah di izinkan. Di kelas, Alia telah menunggu ku dengan senyuman.
“Amacam? Dia cakap apa?”
Bertalu-talu soalan yang ku terima dari Alia. Aku hanya tersenyum tawar. Malas aku hendak melayan pertanyaannya yang tiada faedah nya itu.
“Eh, aku lupa pulak. Esok dah cuti sekolah kan?”
Aku sengaja ingin mengubah topik perbualan.
“Yelah. Aku pun lupa.”
Lega hatiku apabila Alia terlupa soalan nya tadi.
“Cuti sebulan setengah ni mesti tak seronok.”
Aku mencurahkan isi hatiku.
“Kenapa pulak? Cutilah masa kita nak lepaskan kerinduan pada tilam empuk di rumah.”
Alia ketawa. Dia terus berhenti apabila melihat wajah ku yang masam mencuka.
“Kenapa ni? Kenapa kau muram je?”
Alia kelihatan risau tentang diriku. Dia memang seorang rakan yang baik.
“Di rumah tiada sesiapa pun. Ayah setiap minggu mesti outstation. Baik pergi sekolah lagi best.”
Air mata ku mula bergenang di kelopak mataku.
“Ala, janganlah macam tu. Aku janji akan teman kau cuti ni. Kita boleh ulangkaji pelajaran bersama. Nanti aku bincang dengan mak dan ayah aku ya. Aku yakin mak dan ayah aku mesti bagi. Dahlah tu lap air mata tu. Nanti orang nampak malulah.”
Alia menghulurkan sehelai tisu dengan sekuntum senyuman. Aku sambut tisu tersebut lalu ku hapuskan air mata yang tidak sempat jatuh ke bumi. Aku bersyukur mempunyai seorang sahabat yang sungguh mengambil berat. Alia bagai satu dalam sejuta. Aku berharap akan ada ramai orang yang yang baik seperti Alia.
*********************************
Sebulan setengah ku rasakan bagai setahun. Tapi aku rasa bersyukur sekali yang cuti sekolah sudah tamat. Hari ini ku bangun dengan penuh semangat. Keletihan semalam sudah tidak di hiraukan lagi. Ku terus bersiap untuk ke sekolah. Rasa tak sabar menyelinap di sanubariku.
“Eh, anak ayah dah tak sabar nak pergi sekolah ke? Awal siap hari ni?”
Ayah seakan-akan terkejut dengan kehadiranku di dapur. Kelihatan ayah belum sarapan lagi.
“Memang tak sabar pun. First day ke sekolah memang macam tu. Ayah tak sarapan lagi? Kan Aira dah siapkan sarapan?”
Memang tugas harian ku menyediakan makanan setiap kali waktu makan tiba. Kalau bukan aku siapalah lagi yang mahu menyediakannya. Pembantu rumah? Ayah memang tak suka kehadiran pembantu. Ayah memang sukar untuk mempercayai seseorang untuk menguruskan rumah kecuali orang yang betul-betul dikenali oleh ayah. Ayah seorang yang berprinsip. kadang-kadang sikap ayah itu boleh menyusahkan diri sendiri. tetapi bagi ayah ‘beringat sebelum terkena’. Aku sangat bangga mempunyai ayah yang begitu tegas.
“Ayah nak sarapanlah ni. Cuma tunggu ‘princess beradu’ turun suapkan ayah.”
Ayah memang seorang yang ceria dan suka membuat aku ketawa. Bagi aku dialah pelawak dan penghibur terbaik. Tapi di rumah je lah. Tak tahu pula di tempat lain.
“Mari princess suapkan”
Aku terus menyuapkan makanan yang baruku cedok ke dalam mulut ayah yang terbuka luas. Aku ketawa melihat gelagat ayah.
“Aira, pergi dula ya. Dah lambat ni”
Aku meminta izin dari ayah setelah ku kemaskan meja makan.
“Yelah. Hati-hati jalan tau.”
Nasihat ayah sentiasa mengiringiku setiap kali untuk ke sekolah. Ayah memang seorang yang bertanggungjawab. Ku kayuh basikalku dengan kelajuan yang sederhana. Aku yakin akan sampai sebelum pukul 7.15 pagi. Aku ada tugas dengan Hafiz pagi ni. Maklumlah waktu macam ni banyak yang perlu di uruskan. pertangahan bulan nanti redalah kesibukan ini nanti.
Aku berhentikan basikalku apabila sampai ke garaj basikal sekolahku. Ku amati jam tangan yang terlekat di tangan ku. Nampaknya aku awal 5 minit. Kelihatan Hafiz baru datang dengan motorsikal Kriss nya. Nampak macam motor baru kerana sebelum ni dia ke sekolah dengan basikal. Dia menyambutku dengan senyuman sehingga menampakkan lesung pipit pada ke dua-dua belah pipinya. Nampak manis rupanya. Ramai pelajar memang suka padanya kerana mukanya yang boleh tahanlah handsomenya.
“Baru sampai ke, Aira? Atau awak tunggu saya?”
Dua soalan darinya mengejutkanku.
“Memang baru sampai.”
Aku tersipu malu di depannya.
“Ha, lupa lah. Cikgu suruh kumpulkan semua di makmal komputer. Awak panggil yang perempuan, saya panggil yang lelaki.”
Aku mengganguk tnda setuju. Ku teruskan langkah ku untuk jalankan tugas yang di berikan olehnya. Walaubagaimanapun, dia tetap ketuaku. Tugas adalah amanah. setiap amanah harus di laksanakan dengan baik.
Kami berkumpul di makmal komputer. Ku lihat dia menjalan kan tugas dengan begitu baik sekali. Patutlah dia dilantik menjadi ketua. Memang ramai yang tidak berpuas hati dengan perlantikannya sebagai ketua. Disebabkan dia dari kelas B sebelum ini. Tetapi bukan kepandaian akademik yang membuatkan dia terpilih, tapi kebaikan dan sikap amanah yang ada pada dirinya membuatkan dia terpilih.
“Boleh saya tanya sesuatu?”
Dia bersuara apabila mesyuarat tamat dan semua telah kembali ke kelas masing-masing. Aku mengangguk saja. Cukup membuktikan yang aku membenarkan dia bertanya.
“Kenapa susah saya nak borak dengan awak. Ramai kawan saya kata awak sombong dengan lelaki. Tapi adik perempuan saya selalu puji awak disebabkan awak ni sangat peramah.”
Aku langsung tidak terkejut dengan soalannya. memang ramai orang kata aku begitu. Aku dah tak kisah. Memang benar kata-kata mereka. Aku memang tak suka bergaul dengan lelaki yang bukan muhrimku.
“Memang saya tak nak cakap perkara yang lagha (melalaikan). Kalau ada perkara penting pasti saya akan cakap. Bukankah berborak perkara yang lagha dengan lelaki bukan muhrim kita menimbulkan fitnah”
Hafiz kelihatan tercengang. Mungkin tergamam dengan kata-kataku.
“Oh, macam tu. Saya teringin belajar agama dengan lebih mendalam. Saya lahir dalam keluarga yang lemah bab agama ni. Mak dan ayah hanya mementingkan kerjaya mereka. Saya rasa amat kesunyian dan terasing. Macam mana saya boleh mendalami ilmu agama ni?”
Kasihan sungguh nasibnya. Aku tidak menyangka kehidupannya begitu sekali.
“Awak boleh beli buku-buku agama. Tetapi lebih mudah awak ambil khursus bersama ustaz yang terlatih. Saya rasa awak boleh lakukan.”
Aku gembira dia mahu mendalami agama. Tak semua remaja di zaman serba moden ini ingin mendalami agama.
“Terima kasih, Aira. Awak dah banyak sedarkan saya. Maaflah saya ganggu masa awak.”
“Sama-samalah. Saya harap awak berjaya mendapat hidup yang lebih sempurna.”
Aku terus pergi dari situ apabila Hafiz menganggukan kepala sambil tersenyum.
**************************************
Hari bertukar minggu. Minggu bertukar bulan. Aku semakin rapat dengan Hafiz disebabkan kami perlu melakukan tugas bersama. Dia semakin faham tentang agama Islam dengan lebih mendalam. Dia sudah tahu batas-batas antara seorang muslim dan muslimah.
“Hei Aira. Aku tengok kau semakin rapat dengan si Hafiz tu. Ada apa-apa ke?”
Kata-kata Alia mengejutkan ku.
“Jangan nak merepeklah. Kita orang tugas bersama. Bukan suka-suka je. Cikgu berikan amanah pada aku. So, aku kena jalankan dengan baik.”
Aku terasa geram dengan Alia. Memang aku tahu yang seluruh sekolah sudah mula menggosipkan aku dengannya. Aku hanya membiarkan sahaja kata-kata mereka itu. Aku tahu yang aku tak akan boleh menutup mulut mereka semua. Biarlah mereka terus bergosip. bila mereka penat pasti akan berhenti jua.
“Kak, ni ada surat dari seseorang.”
Adik kepada Hafiz datang membuatkan Alia tersenyum nakal ke arah ku.
“Dari siapa?”
Hanya itu yang keluar dari mulutku. Aku mengambil surat di tangan pelajar itu.
“Adalah. Akak baca saja. Nanti tahu sendiri. Jangan bagi sesiapa baca tau.
” Dia terus pergi. Aku hanya boleh menggelengkan kepala sahaja. Nasib baik dia berikan surat tersebut ketika sudah tamat sesi persekolahan. Takut saja namaku tercatat di dalam buku disiplin nanti.
“Bacalah, Aira”
Rayuan Alia ku tolak berkali-kali tetapi dia masih ingin membacanya. Untung saja ayah datang cepat. Aku tidak menaiki basikal hari ini kerana basikalku yang rosak. Aku melambaikan tangan pada Alia. Kelihatan dia mencebik bibirnya ke arah ku.
***************************************
Aku menghempas badanku pada katil di bilik ku apabila selesai mandi,makan dan solat. Rasa sangat letih pulang dari sekolah. Berbagai-bagai tugas ku lakukan di sekolah membuatkan badan ku terasa hendak terbelah dua.
Aku bingkas bangun apabila melihat kertas yang terselit pada beg sekolahku. Baru ku ingat surat tersebut di berikan oleh Suraya, adik kepada Hafiz. Ku buka surat tersebut perlahan-lahan lalu ku baca.
“Kepada Aira, sahabatku yang disayangi. Pertama sekali aku nak minta maaf sekiranya keberadaan surat ini membuatkan dirimu rungsing. Aku tidak berani ingin mengungkapkan hasrat di hati yang dalam ini secara bersua muka denganmu. Aku hanya ingin berterima kasih padamu kerana telah banyak merubah diriku yang bukan antara insan yang baik seperti dirimu. Aku juga ingin menyatakan yang aku sudah jatuh cinta padamu sejak kita di tugaskan bersama. Kau amat menjaga pandangan dan tutur katamu kepada yang bukan muhrimmu. Itu yang membuatkan aku tertarik dengan mu. Maaf kalau surat ini sudah membuatkan mu marah kepada ku. Maaf kerana aku mengganggu mu. Wasalam. Yang menulis, Hafiz.”
Aku sungguh terkejut mendapat surat tersebut. Ku terus mencapai begku dan mengeluarkan pen serta kertas. Ku terus menulis balasan untuk surat itu.
“Kepada Hafiz. Surat ini adalah balasan dari suratmu hari semalam. Aku sungguh terkejut dengan surat mu itu. Menolong antara muslim dan muslimah adalah diwajibkan. Asalkan kita tahu dan mengenal batas-batas antara muslim dan muslimah agar dijauhkan dari lembah maksiat. Syaitan laknatullah sentiasa bersama dengan kita tanpa rasa jemu mahupun malas. Syaitan sentiasa meniupkan nafsu ke dalam diri kita agar kita terjerumus ke lembah maksiat. Kita sebagai hamba Allah mestilah melawan nafsu yang datang dari syaitan itu. Aku cuma ingin memberi nasihat padamu agar melupakan cintamu padaku dan menumpukan perhatian sepenuhnya untuk berjaya di dunia mahu pun akhirat. Carilah cinta ILAHI kerana cinta-Nya tidak akan pernah luntur dan binasa serta kekal selamanya. Jika Allah tentukan jodoh kita bersama. maka kita akan membina bahtera yang diredhoi Allah. Insyaallah. Dari, Aira.”
Kuletak surat tersebut di dalam sampul surat lalu ku simpan ke dalam beg. Ku kembali merebahkan badan ke atas katil lalu terus terlena akibat kepenatan seharian di sekolah.
***************************************
Apabila aku sampai ke sekolah, aku mendapati motorsikal kepunyaan Hafiz telah berada di garaj motor dan basikal sekolah. Aku terus menuju ke motor nya lalu menyelitkan surat yang ku tulis semalam. Aku tidak sanggup ingin membawa surat tersebut ke kelas kerana itu adalah antara kesalahan yang amat berat sekali. Aku terus menuju ke arah kelas tingkatan 3 lalu memberitahu adiknya supaya menyuruh abangnya membaca surat tersebut di rumah nanti. Aku lega apabila Suraya mengangguk sambil tersenyum ke arahku.
****************************************
Setelah berbulan-bulan ku kerahkan tenaga dan usaha untuk mencapai puncak kejayaan, kini tibalah debaran untuk ku ketahui keputusan ku. Sama ada aku sudah betul-betul usaha atau hanya berangan-angan ketika di sekolah. Ku siap awal untuk ke sekolah.
Debaranku semakin kencang apabila melihat pintu gerbang sekolah. Aku terus menuju ke dewan. Kelihatan ramai pelajar dan ibubapa berada di dalam dewan. Keputusan terus diumumkan apabila semua pelajar telah berkumpul.
12A1 mengejutkanku. Hanya ucapan Alhamdulillah yang keluar di bibirku. Ramai antara pelajar melompat kegembiraan. Kata cikgu Rahman, 10 orang di sekolah ku mendapat 12A1. Aku bersyukur tidak terhingga apabila aku tergolong antara pelajar terbaik. Aku terkejut apabila seseorang menegurku dari belakang. Ku toleh ke belakang dan melihat seorang pelajar lelaki berdiri di hadapan ku dengan bibir tidak lekang dengan senyuman yang amat manis.
“Tahniahlah awak dapat 12A1. Saya nak ucap terima kasih sebanyak-banyaknya pada awak yang membuatkan saya insaf betapa pentingnya pelajaran dari cinta.”
“Sama-sama. Saya harap awak akan lebih berjaya nanti dan berubah menjadi yang terbaik.”
Perbualan kami di akhiri dengan anggukannya lalu menuju ke arah ibunya yang telah menunggu di hujung dewan. Walaupun aku tidak mempunyai ibu lagi tapi aku dapat rasakan betapa gembiranya hati seorang ibu yang telah melahirkan serta membesarkan kita apabila melihat kita berjaya.
No comments:
Post a Comment