31/12/2012(Isnin): Antara persiapan yang dilakukan oleh guru dan pekerja sebelum sesi persekolahan tahun 2013 bermula.
Cikgu Zuhana dan Cikgu Norazyyati menyiapkan cermin tingkap untuk dipasang di bilik Prasekolah bagi menggantikan cermin tingkap yang telah pecah.
Cikgu Hashim membantu prasekolah menggantikan cermin tingkap yang pecah
Pekerja-pekerja SKPTLDM sedang mengecat dinding depan kantin sambil diperhatikan oleh guru besar en.Ramlan Bin Hussin
Pekerja memastikan sesi persekolahan tahun 2013 dengan wajah sekolah yang ceria.
Memastikan maklumat terkini dapat disebarkan kepada umum; Pemasangan Led Panel di depan bangunan pintu utama SKPTLDM yang akan dikendalikan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Ustazah Norhuda sedang mengemaskini sudut kerjanya yang tak berapa nak ceria...(hehehe) sebelum proses PdP tahun 2013 dumulakan.
Berdasarkan senarai agihan tugas yang telah ditetapkan, tugas guru bimbingan dan kaunseling adalah seperti di bawah . (Tidak termasuk tugas menjalankan sesi kaunseling yang diadakan sepanjang tahun Dan arahan pihak Sek/JPN/PPD dari semasa ke semasa.)
AHMAD
ZULIADI BIN MUSTAFA
NORBI
BINTI AYOB
Pen.SU Jawatankuasa Pengurusan Murid
SU Jawatankuasa Pengurusan Murid
AJK Siaraya J/K Pembangunan & Aset
AJK Jadual Waktu
Kajian Tindakan
S/U Program Bersepadu Sekolah Sihat
S/U Program Sekolah Selamat
Pen. S/U PPDa
S/U PPDa
S/U 1 Unit Bimbingan Dan Kaunseling
S/U 2 Unit Bimbingan Dan Kaunseling
J/K Rumah Biru
J/K Rumah Hijau
J/K Taekwando
Bola Sepak & Sepak Takraw 1M1S
J/K PBSM
J/K PBSM
Program Bimbingan/Bengkel/Kursus
Program Bimbingan/Bengkel/Kursus
Pengurus Bilik Khas (B&K)
Pengurus Bilik Khas (B&K)
Kiosk Hasil Kerja Murid
Kiosk Hasil Kerja Murid
Sudut B&K
Sudut PPDa
Bulan Patriotisme/RIMUP
S/U J/K HEM
SENARAI TUGAS MINGGUAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKPTLDM TAHUN 2013
NAM GURU
TARIKH
AHMAD ZULIADI BIN MUSTAFA
7/1/2013
-
11/1/2013
1/4/2013
-
5/4/2013
1/7/2013
-
5/7/2013
23/9/2013
-
27/9/2013
NORBI BINTI AYOB
11/2/2013
-
15/2/2013
6/5/2013
-
10/5/2013
5/8/2013
-
6/8/2013
28/10/2013
-
1/11/2013
Disediakan oleh, (AHMAD ZULIADI BIN MUSTAFA) Guru Bimbingan Dan Kaunseling
Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk mana pun. Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.
SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKALAN TLDM 31200 LUMUT PERAK WAKTU PERSEKOLAHAN TAHUN 2013
BIL
KELAS
HARI
WAKTU PERSEKOLAHAN
1
tahun 1
tahun 2
tahun 3
isnin hingga khamis
jumaat
7.30am - 1.05pm
7.30am - 12.05pm
2
tahun 4
tahun 5
tahun 6
isnin hingga khamis
selasa dan rabu
jumaat
7.30am - 2.05pm
7.30am - 1.05pm
7.30am - 12.05pm
CATATAN:- -Semua guru dan murid wajib mematuhi waktu persekolah -semua guru tahap 1 dan 2 dikehendaki balik jam 2.05pm pada hari isnin dan khamis -semua guru dan murid dikehendaki datang 10minit lebih awal dari waktu persekolahan di atas
28/12/2012 (Jumaat): Kesibukkan tugas harian tidak menghalang ibubapa datang ke sekolah untuk menjelaskan bayaran yang ditetapkan sebagai persediaan awal persekolah tahun 2013 untuk anak-anak. Di awal persekolah ibubapa terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk menyediakan keperluan pembelajaran untuk anak-anak mereka seperti pembeliaan buku latihan, buku tulis, pakaian dan sebagainya.
Sebagai anak, kita perlulah menghargai pengorbanan kedua ibubapa dengan memastikan kita terus belajar bersungguh dan memenuhi harapan mereka supaya tidak menyesal kemudian hari. Sentiasalah muhasabah diri dan renungkan wajah kedua ibubapa agar kita mengenal erti pengorbanan mereka.
Cikgu Juridah dan Cikgu Maziah sedang menerangkan jumlah bayaran yang dikenakan kepada ibu pelajar
1.Ucapan guru besar en.Ramlan bin Hussin
- minit mesyuarat seperti ingatan terhadap tugas yang diberikan, MMI (Melindungi Masa Instuksional), kutipan bayaran persekolahan, kokurikulum, SKT dan lain-lain.
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya
tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang
lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.
Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.
Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Imam Shafie merupakan salah seorang Imam Mazhab yang empat. Beliau mempunyai ketajaman akal dan kecerdikan yang luar biasa. Beliau telah menghafaz al-Quran seawal umur 9 tahun lagi. Setahun kemudian pula, beliau menghafal kitab al-Muwatta’ karangan Imam Malik. Beliau merupakan seorang yang sangat mencintai ilmu.
Buat pertama kalinya pada majlis Graduasi yang lepas, Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah memberi anugerah khas kepada pelajar yang mempunyai potensi dan komitmen. Pelajar yang terpilih dinilai dari beberapa aspek antaranya kekerapan datang berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling untuk mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling bagi meningkatkan potensi dan pencapaian akademik dan sahsiah, bekerjasama dan ringan tulang untuk memberi bantuan kepada UBK dalam aktiviti/kerjanya, hubungan mesra dengan guru serta pelajar-pelajar dan lain-lain lagi.
Pemilihan dibuat oleh guru bimbingan dan kaunseling hasil perbincangan dan penilaian yang dijalankan sepanjang tahun. Anugerah khas ini insyaallah akan diteruskan untuk tahun seterusnya bagi memberi penghargaan kepada pelajar di atas kerjasama kepada Unit Bimbingan Dan Kaunseling.
Diharap pelajar SKPTLDM terutamnya pelajar tahun 6 dapat memberi kerjasama dan melibatkan diri dalam setiap aktiviti/program yang dianjurkan oleh unit Bimbingan Dan Kaunseling pada tahun 2013 nanti.
Pihak UBK turut mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan yang membina untuk meningkatkan mutu perkhidmatan serta memperbaiki kelemahan yang ada. Sokongan dari semua pihak terutamanya warga SKPTLDM sangat diperlukan untuk bersama-sama meningkatkan pencapaian akademik dan membina sahsiah yang terpuji dikalangan pelajar.
Akhir kata pihak UBK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh ubk pada tahun 2012 iaitu Guru Besar En.Ramlan Bin Hussin, barisan Penolong Kanan, Guru-guru, pelajar, kakitangan sokongan dan ibu bapa serta pihak PIBG. Dan pihak kami juga memohon kemaafan jika ada kelemahan dan kekurangan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anak-anak
murid cikgu yang disayangi…
Pada malam ini cikgu akan coretkan secebis
kata-kata sebagai wakil dari ibu murid-murid semua…
Cikgu juga seorang ibu…
Cikgu juga melahirkan anak
seperti ibu murid-murid juga..
Penat jerih semasa
mengandungkan anak... hanya ibu sahaja yang tahu....
Murid-murid semua adalah
seperti anak-anak cikgu juga....
DENGARLAH ANAK-ANAK IBU..
semenjak kecil ibu besarkan anak –anak
ibu dengan penuh kasih sayang…. semenjak kecil ibu manjakan dengan belaian gurauan
yang indah…..
semenjak kecil ibu beri penghargaan kepada anak-anak ibu umpama seorang raja…
Ketika lapar...tangan ibulah yang menyuapkan
makanan....
Ketika haus...tangan ibu yang memberi minuman...
Ketika menangis...tangan ibu yang mengesat air
matamu....
Ketika gembira...tangan ibu
yang menadah syukur....memeluk erat dengan deraian air mata bahagia...
Ketika mengantuk...tangan ibu
yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika mandi...tangan ibu yang
meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran...
Ketika dilanda
masalah...tangan ibulah yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye
sayang.....
Namun suatu hari nanti...
Ketika ibu sudah tua &
kelaparan...adakah tangan dari anak ibu yang menyuapnya?....
Dengan tangan yang
menggeletar.....adakah ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air
mata....
Ketika ibu sakit...di mana
tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari
jasad...
Ketika jenazah ibu nak
dimandikan...
Di mana tangan anak yang ibu
harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
ANAK-ANAK IBU……
ketika anak-anak ibu putus harapan….ibu
tetap beri semangat
ketika sakit …ibu ubati
ketika bersedih...ibu sapu air matamu..
ketika kamu ketawa… ibu juga turut gembira
ketika ibu berduka.......biarlah ibu
sahaja yang merasa….
ANAK-ANAK IBU…
sesungguhnya besar pengorbanan Ibu......
sedangkan masa meniti alam remaja ibulah sahabat mu.....
ibu sayang anak-anak ibu ..
ANAK-ANAK IBU..
Setiap hari ibu bayangkan raut wajahmu....
penuh dengan kasih sayang…
Kadang-kadang ibu datang kepada anak-anak ibu…
Sayang.. maafkan ibu selama ini....
maafkan ibu jika tidak dapat memenuhi kehendakmu....
maafkan ibu jika sering memarahimu.....
maafkan ibu jika sering menyuruhmu....
itu semua ibu lakukan…kerana ibu sayang kamu.....
ANAK-ANAK IBU,
jadilah permata hidup ayah dan ibu...
Tunaikanlah amanah ayah dan ibu..
Ini semua untuk engkau berjaya....
Ingatlah anak-anak ibu..
Ayah dan ibu bukanlah orang kaya..
Ayahmu begitu penat bekerja....
Kadang-kadang.....Siang..malam...entah bila
penatnya....entah bila sakitnya..
ANAK-ANAK IBU..
Janganlah di tanya.... penatkah ayah bekerja...
Penatkah ibu bekerja..... belajarlah anak-anakku...
Selagi hayat dikandung badan..
Tenaga dan jiwa ayah
ibu korbankan...
Agar anak-anak ibu berjaya di masa hadapan...
Anak-anak ibu.....
Ibu tidak meminta apa daripadamu..
Walaupun ibu banyak berkorban untukmu selama ini...
Agar anak-anak ibu tidak kecewa di masa hadapan..
ANAK-ANAK IBU..
Peganglah kepada nasihat ibu....ibu tak pernah walaupun
sekali menyuruh anak2 ibu melakukan keburukan...
Otakmanusia merupakan tempat yang paling hebat untuk menyimpan maklumat. Oleh kerana itu, penerimaan atau pengetahuan awal bagi seseorang kanak-kanak selalunya menjadi perkara yang paling diingati dan sukar dikikis. Ahli psikologi neurologi kebanyakkan dapat membuktikan yang otak kanan berfungsi kepada pemikiran holistik, ilham dan juga proses memahami ruang. Ini bermakna otak kanan mengawal perkara-perkara yang berkaitan dengan emosi dan kesenian.
Di dalam kehidupan manusia, persahabatan memang merupakan sebuah hubungan yang paling indah dibandingkan dengan relationship yang lain. Mungkin anda juga punya pengalaman pernah atau sedang dalam hubungan dengan seseorang yang merupakan sahabat sejati anda yang selalu menemani anda dalam situasi apapun.
Berikut ini merupakan gambar dan puisi dari kami unit bimbingan dan kaunseling untuk tahun 6 skptldm 2012. Kita perlu sedar bahawa persahabatan itu sangatlah penting dalam kehidupan. Semoga sebuah persahabat yang terbina sebelum ini menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan dan ia memberi inspirasi buat semua untuk selalu menjalin hubungan baik walau dimana berada. Sentiasalah menghargai sebuah persahabatan.
TAHUN 6 HARMONI BERSAMA
GURU KELAS PUAN NONI HANIZAR BT ZAINAL
TAHUN 6 KUALITI BERSAMA
GURU KELAS PUAN RAZANA BT DASIMON
TAHUN 6 PINTAR BERSAMA
GURU KELAS PUAN SALWA BT ABD WADUD
Sahabat Sejati
kian lama hidup yang ku jalani selalu bersama mu sahabat ku susah sedih senang yang ku rasakan bersama mu sahabat ku
sahabat begitu banyak kenangan yang kita lalui ke mana selalu kita bersama namun musnah dengan sekejap telah di ragut oleh masa
sahabat kini kau telah pergi meninggalkan memori meninggalkan semua kenangan kita menyimpulkan sebuah jalinan yang bermakna
sahabat meski kini kita tak bersama meski kita telah berbeza arah namun kita tetap satu dalam hati dan jiwa kerana kau sahabat sejati
selamat tinggal sahabat selamat jalan sahabat sejati pahit manis bersamamu sentisa di hati selamanya ………
"KALIAN TETAP DIJENDELA KENANGAN"
Jangan lupa tulis komen kat bawah......
manalah tahu dapat hadiah misteri "pengomen terbaik'....:-)
Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
2012 telah diumumkan hari ini dan semua 517,139 calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.
Penat lelah mengulangkaji mata pelajaran telah membuahkan hasil kepada 12 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM
yang telah berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR
Dengan keputusan yang diperolehi mereka boleh memilih untuk memohon kemasukkan ke asrama penuh, MRSM dan sebagainya mengikut kelayakkan dan syarat yang telah ditetapkan.
Dari Unit Bimbingan Dan Kaunseling, kami mengucapkan tahniah kepada pelajar
yang mendapat 5A, kepada pihak sekolah dan guru2
yang bertukus lumus membantu pelajar dan juga kepada ibubapa yang turut memberi dorongan dan sokongan selama ini. Bagi yang tidak berjaya dan tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan semoga tingkatkan lagi usaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang pada tahun akan datang kerana peluang masih ada.