MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Sunday, 18 September 2011

TENTANG UCAPAN ASSALAMUALAIKUM...

Ketahuilah cara dan ungkapan yang sesuai tentang salam Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah saw. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda saw memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh". Ringkasnya, baginda saw akan beri salam dengan ucapan - "Assalamualaikum" dan...Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh" Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ; "WAALAI KUMUS SALAM" dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; "WAALAI KUM SALAM" Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye" contoh lerr... Dan bukannya: "Kirim salam kat ASHREE yer". Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti "Ko tolong kirim salam maut kat dia yer". Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum". Diriwayatkan oleh `Abdullah bin Mulaika: `Aisyah berkata bahwa orang-orang Yahudi datang kepada Nabi (s) dan berkata, “As-Samu `Alaykum” (kematian atas kamu). `Aisyah berkata (kepada mereka), “semoga Allah mengutuk kalian dan melimpahkan kemurkaan-Nya kepada kalian!” Nabi (s) berkata, “Tenanglah, wahai `Aisyah! Engkau harus lebih ramah dan toleran, dan waspadalah terhadap kekasaran dan Fuhsh (yakni kata-kata buruk).” Ia berkata (kepada Nabi (s)), “Pernahkah engkau mendengar apa yang mereka katakan?” Beliau berkata, “Pernahkah engkau mendengar apa yang aku katakan (kepada mereka)? Aku katakan, ‘hal yang sama pada mereka’ (wa `alaykum), dan doaku terhadap mereka akan diterima sedangkan doa mereka terhadapku akan ditolak (oleh Allah).” Bukhari 73:57 Hadis tentang SALAM Telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. dan berkata, ‘Assalamualaikum’. Maka Rasulullah menjawab salam kemudian dia duduk. Maka Rasulullah berkata sepuluh pahala kemudian datang yang lain memberi salam dengan berkata ‘Assalamualaikum warahmatullah’, lalu Rasulullah jawab salam tadi, dan berkata dua puluh pahala. Kemudian datang yang ketiga terus berkata ‘Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh’. Rasulullah pun menjawab salam tadi dan terus duduk, maka Rasulullah berkata tiga puluh pahala. (Riwayat Oleh Abu Daud Tarmizi: Hadis Hasan) ‘Sesungguhnya seorang muslim itu apabila bertemu saudaranya lalu bersalaman oleh kedua duanya, maka gugurlah dosa mereka sepertimana berguguran daun dari pokok yang kering ditiup angin kencang, melainkan kedua duanya diampunkan segala dosa mercka walaupun banyak seperti buih di lautan.’ (Riwayat Thibrani) ‘Keadaan sahabat Rasulullah apabila mereka bertemu mereka bersalaman dengan berjabat tangan, dan apabila mereka menyambut kepulangan yang jauh mereka berpelukan.’ (Riwayat Abu Daud) ‘Apabila bertemu antara dua orang muslim lalu kedua duanya bersalaman dan memuji Allah lalu kedua duanya meminta ampun kepada Allah, Allah mengampunkan dosa kedua duanya.’ (Riwayat Abu Daud)

No comments: