INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021
Monday, 17 January 2011
MENGENALI KAUNSELING
Definisi Kaunseling.
Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.
Objektif Kaunseling
Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien belajar dengan berkesan.
Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi melalui proses penyelesaian masalah.
Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu.
Menolong klien menyelesaikan masalahnya.
Tujuan Kaunseling
1. Memberi Maklumat
Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor
2. Menggalakkan Celik Akal
Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran
Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya
3. Memberi Sokongan
Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.
4. Penyelesaian Konflik
Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak)
Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan
5. Membuat keputusan
Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan
Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil
Aktiviti Kaunseling
PERKEMBANGAN
Memberikan maklumat mengenai sumber dan kekuatan seseorang supaya ia mempunyai azam dan usaha kepada aktiviti sihat, peningkatan sifat positif
PENCEGAHAN
Mengadakan program-program pencegahan ke atas perlakuan dan sifat yang negatif dari segi emosi dan pemikirannya
INTERVENSI
Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri
PEMULIHAN
Penekanan adalah kepada isu-isu dan permasalahan peribadi, mentaliti, kerjaya dan penyesuaian diri agar seseorang itu dapat berfungsi sepenuhnya