MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Friday, 26 March 2021

Sambutan Hari Lahir Bulan Januari, Februari dan Mac Pelajar SKPTLDM

 26/3/2021 (Jumaat): Sambutan hari lahir murid merupakan salah satu aktiviti Program Guru penyayang yang diadakan pada setiap tahun oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Pangkalan TLDM. Pada kali ini sambutan diadakan dengan mengagihkan sedikit cenderahati oleh guru bimbingan dan kaunseling iaitu cikgu Zuliadi untuk sesi pagi yang dibantu oleh pembimbing rakan sebaya. Manakala sesi petang diagihkan oleh cikgu Norbi dan dibantu oleh murid tahun tiga yang dipilih. Cenderahati diagihkan di dalam kelas masing-masing pada masa rehat.


Pada kali ini seramai 263 orang murid yang diberi saguhati berupa kek dan penanda buku. 

Pihak bimbingan dan kaunseling mengucapkan selamat hari lahir kepada semua murid yang lahir pada bulan januari, febuari dan mac. Semoga terus menjadi pelajar yang terbaik dan berjaya di dunia dan di akhirat. 



Terima kasih juga kepada semua pihak iaitu guru-guru, pentadbir dan pelajar yang turut memberi sokongan dan kerjasama menjayakan  program sambutan hari lahir ini.















Wednesday, 3 March 2021

Pelancaran Amalan Guru Penyayang Peringkat SKPTLDM

26.2.2021 (Jumaat). Pelancaran amalan guru penyayang peringkat Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM Lumut Perak norma baharu diadakan dalam bentuk rakaman video. Atucara dalam rakaman adalah seperti berikut.

TARIKH:26/2/2021

MASA:10.00AM -10.30AM (rehat PDPR)

TEMPAT:TEMPAT MASING2

KAEDAH:TAYANGAN VIDEO

SASARAN:SEMUA GURU&PELAJAR SKPTLDM

ATUCARA:

10.00am-GURU MENYEBARKAN VIDEO KE GROUP KELAS MASING2

10.15am-TAYANGAN VIDEO:

   - Ucapan guru B&K

   - bacaan doa

   -ucapan pelancaran oleh GB

   -gimik pelancaran

  -persembahan murid

  -info guru penyayang

 -tamat